BELI AKSESORI TELEFON

image

Aku tengok, barangan aksesori telefon di Thailand ini jauh lebih meriah berbanding Malaysia. Macam macam ada kat MPK ini. Silap silap, aku borong semua kat sini. Habiskan duit disini sahaja hahaha.

image

Aku tukar casing Samsung Note 3 dan screen protectornya sekali. Harganya adalah THB280 dan THB250 sahaja. Lebih kurang harga Malaysia.

Harganya akan jadi lebih murah lagi kalau rajin menawar. Ala, konsep macam kat Lowyat atau Sungei Wang Plaza je.

Tapi kene hati-hati sebab diorang ini pantang. Nak menipu je kerjanya. Tahu bukan orang tempatan,diorang kasi tekan harga mahal nak mampos.

Macam kes aku pula lain. Aku bagi dia THB1000 tapi di katanya aku bagi THB500 sahaja. Pastu buat muka tak bersalah. Kepala hangguk punya penjual tu. Nasib baik dia mengaku.