PERTAMA KALI BELI KAIN DI JAKEL

image

Serious, aku memang tak pernah ada pengalaman beli kain pasang / baju di Jakel. Oh, rupanya harga barangan di Jakel boleh ditawar ek? Tak tahu plak aku hihi.

Nie, aku dok teman kawan beli kain pasang untuk baju melayu dia. Harga asal untuk semeter ialah RM29.50. After ditawar, jadi RM20 semeter. Untunglah dik hihi.

Emmm, raya tahun ini aku ingat nak belikan kain pasang untuk mak aku kat Jakel nie. Not sure dia nak atau tidak. Cz dia punya citarasa, sampai sekarang aku tak faham hahaha. Pengsan.

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA

Sebelum ini aku ada buat entry berkenaan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 dan juga hasil pembelian berbaloi Sharp Air Purifier yang dibeli disini.
Imprezzz. . . Tetiba dapat call dari kawan rupanya di Melaka pun ada buat Program Jom Beli Barang Raya jugak. Dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol Pagoh tadi pun, aku ada nampak juga bunting berderet digantung ditiang tiang lampu. Rupanya di Pagoh pun ada dibuat jualan murah seperti ini. Aku ingatkan di Putrajaya sahaja. Rupanya KPDNKK pun ada buat program yang seumpama ini dibanyak tempat. OK lah tu. . . .

image
Jom Beli Barang Raya MITC MELAKA
image
MITC MELAKA

Continue reading PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA