DURIAN MUSANG KING MURAH

image

Seronok bukan kepalang cz dapat beli musang king pada harga diskaun 50% di Carrefour Alamanda Putrajaya. Yelah kot, beli pun lepas maghrib camtu. Mesti lah dapat harga murah.

Tapi lepas balik + makan, aku tak rasa itu adalah durian musang king. Macam dah bercampur dengan durian D24 je. Bukan ke biji untuk durian Musang King tu kecil je saiznya? Dan biji untuk durian D24 pulak lebih besar saiznya. Isi, warna dan rasanya pun berbeza. Aiiiioo. . . . Next time kene hati2

DURIAN

Musim durian kelihatannya sudah muncul kembali 🙂 Kalau nak diikutkan keadaannya kebanyakan durian yang ada dipasaran datangnya dari belah selatan khasnya Johor dan Melaka.

Haritu, time balik kampung aku hanya sempat makan bubur durian je. Hihi.. Jadi, alang alang hari ini macam nampak senggang je..apa lagi. Aku usha usha lah kat tempat mana yang jual durian. Lucky kak zue ada 🙂

So, lepas maghrib tadi aku pergi lah jalan jalan cari durian di Dengkil (seperti yang kak zue) kata. Tempatnya adalah jalan menuju ke KLIA, traffic light simpang empat ke arah Dengkil. Yup, akhirnya aku jumpa juga gerai yang dimaksudkan kak zue.

Biasalah, waktu malam kebanyakan buah dah nak habis. So, kami dapat durian yang sisa sisa belum habis dijual. Pengsan.. Apa yang tinggal hanyalah durian 2 biji RM10, 3 biji RM10 dan beberapa biji Durian Mao Sang King. Durian D24 dan 101 nampak macam dah habis. Aiiiii, tak merasa sangat lah kalau kat sini.

So, aku cuma beli Durian Mao Sang King sahaja. Itupun cz dapat murah.RM12 sekilo. Katanya kalau waktu siang, diorang jual RM18 sekilo. Jadi, bedal je lah..janji boleh lepas gian hihi.

Effectnya…aku kepanasan now.Lucky aku makan sikit je. Kalau tak, memang nayalah aku. PANAS…susah mau tidooooo. Pengsan

Posted from WordPress for BlackBerry.