Muzium Kesultanan Melayu Melaka – tempat yang memang teringin sangat aku nak pergi selama ini. Ini adalah kali kedua aku masuk ke dalam muzium ini. 1st time masuk tatkala aku darjah 6 🙂 Untunglah.
Bayaran masuk ke dalam Muzium ini ialah RM2 sahaja. Eemm, banyak info mengenai kesultanan Melaka di dalam muzium ini. Rugi sangat cz gambar yang aku ambil tidak berapa cantik. Kamera tidak boleh guna : Card tertinggal. Sentap.
Kalau pergi mana-mana, aku memang suka masuk muzium. Tapi, setakat ini aku hanya berkesempatan masuk ke Muzium sekitar Melaka sahaja. Harapnya, suatu hari nanti aku akan berkesempatan masuk ke dalam Muzium DiRaja ( Istana Negara Lama ) dan juga Muzium Negara.
Mengenal sejarah itu penting. Tanpa sejarah, agak susah kita mahu kenal jati diri + susur galur + salasilah keturunan.