Pertama kali terbang dengan menggunakan Malindo Air. Dengan KLIA2 nya yang besar, letih nak menapak dikk. Risau juga kalaua pergi turun padang dengan menggunakan Malindo Air. Tak tahu macam mana proses dan tempat VIPnya.
Konsep Malindo Air ini macam AirAsia je. Cuma katanya lebih besar sedikit.
Kami punya seat antara yang paling belakang. Jadi, sabar je lah dik nak menanti orang keluar. Apapun, ini perjalanan yang mendamaikan (Insyaallah). Jadi tak perlu tergesa-gesa.
Aku dapat seat tengah. Jadi susah sedikit nak ambil gambar awan huuu.
Sebelum nak berlepas tadi rasa memang mengantuk yang amat. Tapi, mood nak tidur aku diganggu dek semasa kapal terbang nak naik. Jadinya sudah tak ada perasaan nak tidur sekarang ini. Sabar jelah.
Oh ya, kami semua sepakat bahawa pramugari Malindo Air ini macam tak cukup latihan je. Nampak macam tak pandai / kurang tahu macam mana nak layan pelanggan. Kami pula yang terlebih PR hahaha.