SERONOKNYA MEMBELA KUCING

image

Seronoknya membela kucing ini, tuhan sahaja yang tahu. Lain orang, lain kepuasannya. Macam aku, hidup macam lebih terisi dan berteman sedikit sejak membela anak anak kucing ini. Tengok je lerrr, daripada seekor, kini membiak menjadi 8 ekor. Hidup sihat walafiat dan bahagia sokmo ahaks.

Melayan 1001 karenah anak anak kucing nie memang seronok. Memang kekadang rasa tension dan rimas nak melayan diorang nie. Plus, nak kene berjimat untuk bayar koa kesihatan dan pemakanan diorang.

Daripada 1 bekas buang air, kini menjadi menjadi 5 bekas (1 bersaiz kecil ). Im not sure kucing lain macam mana. Kucing parsi ini agak manja dan pembersih kejadiannya.

Pantang kalau bekas buang air tu kotor atau lambat dibersihkan. Diorang sanggup tunggu aku balik dan bersihkan bekas tu. Then, sebaik sahaja selesai dibersihkan, diorang berjamaah membuang air beramai ramai. Pengsan.

image