Suka Makan Ayam Di Nando’s

Bagi aku, ada dua tempat je nak makan ayam pedas giler. Pertamanya Ayam Penyet Wong Solo dan Ayam Panggang di Nando’s Resturant.

Dulu, kini dan selamanya menu yang aku order lebih kurang sama je. Quarter Chicken with Extra Hot, Jagung bakar dan Grill Vege. Agak-agak kalau lapar aku tambah Mediterranean Rice.

At least sihatlah sikit berbanding makan ayam goreng sokmo (walaupun..)

Sosnya pula aku akan pilih Hot Peri-Peri dan Garlic Peri-Peri. Rasa pedasnya menusuk kalbu. Rasa sekali, berkali-kali aku nak menambah. huhu

Kat sini diorang ada buat promosi ala-ala Royalty Card via Mobile Apps diorang. Kumpul banyak points dan dapatlah redeem some ayam or what so ever promosi yang diorang buat. Banyak kali juga aku dapat free ayam panggan etc. Much more better daripada penggunaan kad yang sokmo hilang entah di mana simpannya.