MAKAN DI MARHABA RESTAURANT

image

Tak sangka, aku ada jodoh dengan Marhaba Restaurant, Publika KL rupanya. Aku pergi makan kat sini 2 kali dalam masa sebulan. My bos suka makan makanan arab kat sini. Pengsan.

image

image

1st time aku datang makan, rasa teruja dengan layanan dan susun atur hiasan dalamannya. Mesra pelanggan. Very the pak arab hihi.

Tapi kan, kalau nak datang makan kat sini memang kene pastikan perut kosong. Biasalah, menu makanan arab ini very the banyak + mengenyangkan.

image

image

image

Ya tuhan, perut rasa macam nak meletup kalau makan kat kedai pak arab nie.

CHICKEN BOTI KABAB WITH MENDY RICE

image

Jumaat malam sabtu nie, ramai warga Putrajaya yang telah ‘pulang’ ke kawasan mengundi masing masing (agaknya).Sunyi sepi je kawasan sekitar rumah aku. Selalunya parking kereta penuh memanjang. La ni, dah macam cuti hari raya haji je hahahaha.

Alang alang lengang je nie, ada baiknya makan nasi arab di Mr Kebab and Briyani Presint 15. Aku agak lapar malam ni. Sedih.
Continue reading CHICKEN BOTI KABAB WITH MENDY RICE

MAKAN NASI ARAB DI SABA RESTAURANT CYBERJAYA

Lama tak pekena nasi arab. Si Jiela dok mengidam nak.makan nasi arab since bulan puasa haritu. Tu yang aku ajak dia pekena nasi arab tu. Express. . . .terus pergi dan melantak kat sana. Secara jujurnya, aku lebih prefer makan makanan arab di sini. Terbaik

image

Ada 2 tempat food dining yang aku suka di Cyberjaya ini. Pertama di Saba Restaurant dan keduanya di Mat Ayam Kampung Cyberjaya. So far, 2 tempat ini je yang selalu aku dan orang sekeliling aku pergi. Tempat lain tu jarang jarang. Siapa tahu lepas nie ada port baru plak. For sure aku update terus – kalau memenuhi selera.

image

image

Selalunya aku order Hanith Chicken kat sini berbanding Kabsyah atau Mandi Chicken. Cz rasanya unik dan aku tak reti nak buat kat rumah. Malas nak belajar hahaha

Continue reading MAKAN NASI ARAB DI SABA RESTAURANT CYBERJAYA

MR KABAB DAN NASI BIRYANI

Aku berbuka di Restoran Mr Kabab & Biryani semalam. Itupun aku pergi pukul 8.30 malam camtu. Malas nak bersesak dengan orang time waktu berbuka. Huhu. . . Tapi sebelum itu aku berbuka dahulu dengan lemang yang dicicah dengan kari ayam dan rendang tok. Kari ayam tu aku masak sendiri. Rendang tok tu aku beli. . Hihi aku tak reti masak daging. Tak minat sangat

image

Makan kat restoran macam ini tak boleh selalu sangat. Kalau ko banyak duit & tak kisah dengan berat badan, boleh lah. Huhu. . .

Aku mengenali masakan arab ini daripada rakan office yang secara tiba tiba mengajak aku makan di Restoran Saba Cyberjaya. Cerita 2 tahun lepas haha. Time tu rasanya restoran ini sahaja kot yang menyediakan masakan daripada timur tengah di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya ini. Tapi sekarang tengoklah. . Tumbuh bak cendawan sana sini.

image

Restoran Mr Kabab and Biryani ini terletak di Precint 15 Putrajaya. Dekat lah juga dengan tempat tinggal aku sekarang. Penuh je memanjang orang kat sini. Masyuk je orang tu. Makin lama aku tengok lot restoran ini makin bertambah. Business maju gamaknya. Huhu

Apa yang aku makan semalam? Seperti biasalah kot, aku order ayam tandori dan juga roti nan cheese. Kawan aku pulak order Mandy rice – ada ayam didalamnya. Pusing pusing, aku tengok nasi arab ini lebih kurang je kot. Yang membezakannya ialah cara masakan ayam tu. Kabsyah or hanith or roasted or mcm2 lagi. Cara masakan nasinya sama je kot. Betul ke?

Continue reading MR KABAB DAN NASI BIRYANI