MAKAN NASI BOJARI DI MADAM KWAN’S

image

Hari sabtu yang speechless cz tak tahu nak makan apa dan sana sini traffic jem huhu. So,makan di Restaurant Madam Kwan’s sahaja lah. Kawan ada bagitahu akan menu mee yang ada udang sedap & pisang yang digoreng + disalut dengan caramel + dimakan dengan ais krim vanila. Datang sini semata-mata nak merasa sedap atau tak menu yang diperkatakan itu hihi. Sabar je lah.
image

Sedih cz menu mee yang ada udang itu dah habis. Aku sendiri tak ingat nama menu itu. Nampak gaya macam popular je dikalangan orang Pulau Pinang. Nama cina u ollzzz.

So, order char kuew tiow dan nasi bojari sahaja. Nasib baik menu pisang tu ada —-> dessert. Aku ini sebenarnya tak suka order menu yang sama. Tapi, no choice u olllzz. Kebanyakan menu pilihan macam boleh jumpa di kedai tepi jalan pada harga yang berkali ganda murahnya hihi.
image

image

Seperti biasa, nasi bojari ini tak pedas langsung. So, aku makan dengan cili potong. Nampak tak apa sebabnya aku lebih suka memuji masakan sendiri? Cz masakan aku, citarasa aku —> PEDAS hahahaha.
image

image

See, tengok pada gambar. Itulah dessert pisang yang dikatakan sedap tu. Rupanya pisang yang digoreng sekejap (atau mungkin dipanaskan dalam microwave) kemudian disalut dengan caramel. Letak ais krim 2 scoop perisa vanila. Boleh buat sendiri kat rumah rasanya nie hihi.

Emm, apapun aku suka dengan ayam goreng pada menu nasi bojari. Rangup dan sedap huhu.