Cuba Menjemukan Tekak Dengan Nasi Kandar Pelita

Serabut juga sebenarnya kalau kita suka makan kat restoran tu, tapi jaraknya nauzubillah jauh dari tempat tinggal atau kerja kita.

Haaa, macam tu lah yang aku rasa. Aku suka makan nasi kandar @ Pelita KLCC. Tapi masalahnya, aku duduk Kajang. Keje pulak di Bandar Tasik Selatan. Bila masa lah pulak nak melepas geram makan nasi kandar kat Jalan Ampang tu kan hahaha.

Gigih tiap kali hujung minggu, curi masa makan malam atau makan tengahari disini. Apa yang boleh aku buat ialah, layankan je nafsu makan nasi kandar ni. Makan sampai jemu.

Kalau pergi time malam, susah nak dapat parking. Kalau pergi siang, gerenti ada parking. Makan kat sini sedap sebab ayamnya sentiasa panas. Nasinya pun sedap. Tak tahu diorang pakai beras apa.

Lagipun, restoran ini ada sijil halal JAKIM. No big issue ler. Layanan dan servis pun cepat. Tempat besar dan selesa. Jadi, apa lagi ko nak? Makan je lah huhu.

 

Makan di Nasi Kandar Haji Ramli, Alor Setar Kedah

Selalunya nasi kandar popularselalu dikaitkan dengan mamak. Tapi berbeza pula di Kedah, ada juga restoran nasi kandar popular yang dipunyai dan dimasak oleh orang melayu. 

Pertama kali aku mengetahui akan kepopularan dan kesedapan nasi kandar Haji Ramli ini ialah daripada Fazli. Katanya restoran ini membuka cawangan di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor (buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang). Katanya tukang masak kat cawangan Seksyen 13 Shah Alam ini ialah Chef Mohd Nabil Md Salleh – Pengacara Menu Alam TV al Hijrah.

https://www.instagram.com/p/BRNXJYHDWzA/

Setakat ini, sudah dua kali aku datang makan kat Restoran Nasi Kandar Haji Ramli, Simpang Empat Alor Setar Kedah. Waktu operasinya ialah dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam (setiap hari). Semua informasi ini aku dapat dari Google. Kalau google salah, aku pun salah ler hihi.

Memang wajib masuk dalam senarai tempat makan sedap di Alor Setar Kedah.

https://www.instagram.com/p/BSS0RfxDwBu/

FRIDAY NITE LIFE

image
Muka kesian

Aku bosan sebenarnya. Keje memang melambak, tapi tak da mood and soul nak buat hihi. Nak jalan jalan tapi rasa macam kesian lak aku tgk cici nie. Dok termenung je sorang sorang kat rumah. Mesti sunyi cz xda teman. Pengsan

Aku tak plan p mana mana pun weekend nie. Cz pada asalnya memang kene outstation, tapi oleh sebab ada urusan lain…nama aku dicicirkan. Gitew.. haha

Rasa macam nak pekena nasi kandar Pelita KLCC je malam ni. Tapi tak ada teman lah pulak. Nak gak makan durian huhu. Kondisi perut aku pun ala2 senak now. Tak tahu napa. Kenyang semacam je. Walhal semalam tak mkn nasi dan tadi pun juz makan nasi yang dikongsi bersama n laksa yg ciput tu. Adooiiiiiii, makan apa ek yang sedap?

image