Makan Sedap di Restoran Nasi Kukus Tok We

Cuti semester selalu digunakan untuk melakukan aktiviti peribadi. Buat urusan setup business baharu, uruskan rumah dan banyak lagi. Senang cerita, rasanya hidup aku lebih huru hara dan costly berbanding pada waktu semester pengajian aku sedang berjalan. Letih kehidupan.

Sekarang ini, tiap hujung minggu, pasti akan datang menjengok rumah di Lenggeng. Kawasan kampung dan tak sangka hijau benar kawasan sekelilingnya. Terletak berhampiran dengan hutan simpang (kalau tak silap).

Selalunya aku akan pergi pagi sebab mahu elak kesesakan di pekan ala koboi Semenyih. Jalan kecil dan banyak lampu isyarat. Kajang – Semenyih – Beranang – Lenggeng. Haaaa, lebih kurang inilah kawasan yang akan aku lalui dari tempat tinggal sekarang menuju ke rumah kedua (cheh).

Pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kekenyangan yang puas. Sebabnya? Aku akan menyinggah makan di Cafe Nasi Kukus Tok’ We. Lokasinya di Beranang dan bersebelahan dengan MARA Japan Industrial Intitute yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang.

Baca: Makan Tengahari Di Cafe Nasi Kukus Tok Wan

Susun atur kedai sangat kemas. Konsep yang menggamit citarasa aku. Untuk pertama kalinya, aku order makan menu signature mereka – Nasi Kukus Tok’ We. Harganya cuma RM8.40 sahaja. Air pula, aku cuba air lemon (kalau tak silap).

Bagai pengalaman aku tatkala pertama kali makan disini? Sangat puas hati dan terpesona. Jadi gian nak makan lagi. Nasinya dihidangkan dalam keadaan panas. Lebut teksturnya. Ayam dan kuah kari pula enak. Sangat kena dengan selera si pencinta kari seperti aku. Rasa pedasnya terasa. Sangat seronok makan. Kenyang yang puas.

Aku rasa, inilah nasi kukus paling sedap aku rasa setakat ini. Kenapa ek? Sebab selama ini order makan nasi kukus tapau bawa balik rumah. Laaa ni order dan makan di kedai. Haruslah terasa aroma keenakannya.

Servis pula cepat. Tak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan.

Sedapnya Nasi Kukus di Romlah HB Resources Putrajaya

Sejak tidak tinggal dan bekerja di Putrajaya nie, aku memang jarang datang bertandang ke sini. Kita sudah jadi orang KeyEL katanya hahaha. Nasib baik ada teman-teman gomen yang masih bekerja di Putrajaya. Kalau tidak, memang tidak jejak langsung lah.

Sumber: FB Papan Tanda Kedai

Ohhh kita nak cerita tadi menyinggah makan tengahari di Restoran Romlah HB Resources yang terletak di Presint 8, Putrajaya. Aku lebih baru balik outstation Sarawak. Letih dan lapar. Diorang yang bawa makan kat sini. Katanya nasi kukus disini sedap.

Nasi Kukus Ayam Dara

Aku ambil Nasi Kukus Ayam Berempah. Kawan pula ambil Nasi Kukus Ayam Dara. Harga kedua-duanya berbeza. Aku pun tak tahu definasi ayam dara dengan ayam biasa tu macam mana.

Wowww, memang sedap rasanya. Rasanya sesedap mulut mengunyah. Kuahnya pekat, rasa pedasnya just nice, ayamnya lembut dan nasinya pun sedap.

Teh Ais

Tengok meja sebelah order Teh Ais macam sedap je kelihatannya. Jadi, aku pun ikut order air yang sama. Memang sedap. Warnanya pekat dan menyelerakan. Tak manis sangat. Jadi, memang sesuai dengan citarasa aku.

Kalau tak silap, harga Nasi Kukus Ayam Dara ialah RM9

Restoran Romlah HB Resouces ini terletak di Presint 8, Putrajaya. Kiri kanan kedai makan. Memang sesuai untuk dijadikan tempat lepak makan. Cuba masalah parking je lah. Tak tahu apa pihak berkuasa tempatan punya perancangan. Buat bangunan kedai, tapi tempat parking terhad.

Selain menu Nasi Kukus yang kelihatan signature dish diorang, mereka pun ada sediakan menu lauk campur lain dan masakan panas. Dibuka setiap hari seawal pagi sampai malam. Hujung minggu pun diorang buka cuma katanya tutup awal.