Tak Tahu Guna Theme Newspaper

Alamak, aku pening kepada dengan WordPress theme Newspaper. Sedari membeli sampai sekarang, asyik hadapi masalah je. Dulu, time memula beli, aku hadapi masalah untuk install. Cuba dan godek macam-macam. Gigih mencari info di internet macam mana nak install Newspaper template ini di WordPress. Kelihatannya, seakan ramai yang hadapi masalah hampir sama macam aku.

Akhirnya, aku dapat selesaikan dengan cara install terus melalui cpanel. Customize sana sini, berjaya jua akhirnya. Ingatkan, masalah selesai. Rupanya, terjadi lagi. Blog terus tidak boleh diakses.

Aku ingatkan, masalah pada server sebab Error 500 hihi. Selepas disemak dengan hosting provider, mereka bagitahu masalah berpunca daripada theme yang aku gunakan. SENTAP sebab aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah.

Akhirnya,aku guna Theme by Superbthemes je. Nantilah, aku tanya kawan-kawan yang pakar bab WordPress ini. For time being, guna je apa yang ada. Rugi sebab beli mahal, tapi tak boleh guna.

If let say aku berjaya selesaikan pun, bimbang kelak akan terjadi lagi. Korang ingat aku ada masa nak selesaikan masalah teknikal macam nie? Idok ler teman nak melayan.

Agak berbeza dengan Theme StudioPress yang lebih mudah untuk di uruskan especially aku yang tiada background ICT yang kukuh.