DATO NORAINI AHMAD AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

Sepanjang aku tinggal disini, aku rasa bertuah cz kesemua ahli parlimen yang dilantik memang nampak ‘buat kerja’. Ini pandangan peribadi aku.

Tapi, dalam banyak banyak ahli parlimen yang mewakili Parit Sulong, aku rasa Dato Noraini nie memang nampak sangat usaha dan semangatnya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian aku since aku start bekerja dan mengenali erti kenegaraan / politik / pentadbiran.

Sebelum ini, aku hanya berkesimpangan dengan dia di mana mana majlis sewaktu parlimen bersidang. Semalam, buat pertama kalinya aku berpeluang untuk hadir ke majlis yang dirasmikan oleh beliau. Dan pertama kali juga aku face to face melihat cara beliau bekerja. Nice and I can feel effort beliau…

Even beliau tidak pandai sangat membuat pengucapan awam, tapi semua itu aku maafkan dek kerana sikap beliau yang aku sifatkan ‘banyak buat kerja’ – sangat rajin.

Same goes to what Dato KSU said.

Yelah, sepanjang aku hidup di kampung dulu memang susah aku mahu jumpa mana mana kain rentang atau banner yang menunjukkan kehadiran ahli parlimen di kawasan aku.. Tapi time dia nie, memang ada sahaja aktiviti yang dibuat oleh beliau. Tiap kali balik kampung, pasti akan nampak kain rentang baru bagi program beliau.

Oh, lupa. Mak aku sendiri pernah menerima bantuan daripada beliau. Tahun lepas rasanya. Time banjir kot. Not sure.

ADUN Sri Medan? Aku tak nampak apa usaha beliau. Apa sumbangan beliau? Aku sendiri pun tak pernah bersua muka dengan dia. Kita tengok siapa calon ADUN / PERLIMEN bagi PRU13 nanti. Kalau Noraini dicalonkan, memang aku akan mengundi beliau. Kalau ADUN sedia ada, let me think first.

Posted from WordPress for BlackBerry.