SEDANG GILA BELI BARANG ONLINE

image

Aku sedang gila mengushar barang yang dijual secara online (dalam talian). Jenuh segala bagai laman jual beli online aku godek – Groupon / Lelong etc. Oh, mungkin aku sedang dalam tempoh bertenang kot. Tak ada benda nak buat / fikir hahahaha.

image

Segala macam produk aku scroll. Rasanya, mood aku bulan ini / depan adalah membeli barangan via online agaknya ahaks. Nampak macam lebih murah / promosi harga hebat jer. Entah betul atau propa semata-mata.

Sabar menanti hari gaji ahaks

KOMIK ONLINE BAHASA MELAYU

Rasa 1001 kegembiraan dan tak sangka yang amat amat sangat. Bayangkan, setelah bertahun tahun aku mencari blog atau laman web yang related dengan manga hong kong / komik hong kong..dan baru beberapa hari lepas aku jumpa.

www.i-komik.com

Tak sangka pulak, ada juga komik online berbahasa melayu + komik hong kong. Dalam dua tiga hari ini aku memang fokus menghadap ipada atau PC sahaja. Baca mana mana komik lama yang aku gemari. So far dah habis baca Lagenda Tok Pedang dan Dewata Raya. Maybe akan datang aku nak baca komik yang lain pula. Hahaha..

Habis sesen keje pun aku tak buat. Confident je kan. Minat membaca komik katanya.. Haha

Nostalgia sangat