PERTAMA KALI MAKAN DI RESTORAN PAK AKOB, KUANTAN

image

Ok, aku sangat sibuk dengan live update sekarang ini. Dek kerana sibuk buat live update berfakta, sampaikan aku agak kurang bermaya nak update status sendiri hihi. Pengsan.

Tengahari tadi, aku dok join bos-bos untuk makan di Restoran Pak Akob, Kuantan Pahang. Pada mulanya, diorang nak bawa makan kat mana lah kan. Rupanya restoran tu betul betul terletak berhampiran dengan Hotel Season / Spring Garden. Aku pernah menginap kat hotel ini beberapa bulan yang lalu.

Abg Mie kata, restoran ini sedap dan asyik ramai orang sokmo yang makan kat sini. Tapi agak mahal katanya. Aku pun xtau la plak kn cz urusan pembayaran diuruskan oleh orang lain. Syukurlah.

image

Merasalah aku makan lauk pauk tradisi Pahang ini. Datang Pahang kalau tak makan tempoyak / ikan patin memang tak sah u olllz.

Then, diorang pun ada hidang ikan goreng yang agak besar saiznya. Tak ramai yang berani makan cz ikan ini agak berduri. Sedap tapi berduri. Kalau nak makan memang kene hati hati sedikit. Sabar je lah.

Aku yang tengah lapar dan letih ni malas nak fikir byk. Makan makan dan makan je. Nak dijadikan cerita, dok kerana terkejar kejarkan next program, aku tergelincir jatuh gedebuk kat bawah sinki time mahu basuh tangan. Habis tergolek tong sampah kat situ hahaha. Aku buat dek dan blah cepat cepat cz fokua kepada benda lain.

Bak kata bos aku, Priority dik….priority. hihi