ANAK KUCING BERNAMA OTTET

image

Namanya Ottet, anak Cici Esmidar Gonzales batch kedua yang dilahirkan pada 28 Ogos 2013 yang lalu. Aku sendiri tak tahu kenapa dipanggil Ottet cz dalam buku perubatan dia, namanya Rocky hahaha.

Kira kira 2 bulan lagi, dia akan dihantar ke Banda Hilir, Melaka. Bakal menjadi peneman Mak Bah dan Bilal Zim sebelum mereka berpindah sebentar ke Ireland hihi. Genap usianya 6 bulan nanti, bawa balik Putrajaya kejap untuk dimandulkan.

Harapnya, dia berkelakuan baik + duduk dalam rumah sahaja. Kucing macam ini, tak boleh dibiarkan berkeliaran semberono diluar. Karang, ada yang hangkut jadi hak milik. Sabar je lah.

BELI ANAK KUCING PARSI BETINA CALICO

image

Pada hujung minggu lepas, aku dok pergi rumah makcik yang dok suka bela kucing (cat breeder) di Ampang, Selangor. Dia memang suka tunjukkan anak kucingnya yang baru lahir. Sharing katanya. Mana tahu berminat nak ambil kononnya.
image

Sebelum ini, dia pun ada tunjuk anak kucingnya yang baru lahir. Bulunya pun ala ala 3 serangkai jugak. Tapi time tu kurang berminat cz lebih banyak putih (van) berbanding warna lain. Kalau boleh tak nak putih lagi cz kat rumah dah ada bulu yang warna putih (walaupun).

Still mencari kucing yang berbulu kelabu. Agak susah nak mencari baka berbulu kelabu rasanya.
image

image

 

Kucing yang ada 3 warna bulu di badannya dipanggil Calico. Agak susah nak jumpa kucing yang ada 3 jenis warna pada badannya. Jadi, harganya agak mahal (bergantung kepada harga si penjual).

Makcik tu ada 2 ekor kucing parsi Calico. Emmm, kedua-duanya ada sijil CFA. Cuma belum didaftarkan je lagi. Gitew katanya.

image

image

image

 

Antara kedua-dua ekor kucing ini, aku memilih kucing yang ini (gambar terakhir). Nampak macam lebih comel je. Kalau ada duit lebih, memang ambil 2 ekor terus, tapi apa boleh buat hahaha. At least dia ada kawan nanti. Not sure samaada dia boleh berkawan dengan Ottet (jantan) atau tidak. Usia dia lebih kurang sebulan macam tu. Ottet pulak dah hampir 3 bulan lebih. Pengsan.

Pelaburan untuk jangka masa  panjang. Insyaallah akan datang aku akan daftarkan MYKELEDEK CATTERY pula. Daftar sebagai breeder kucing parsi di CFA. Macam tu lah ceritanya.

MIA YANG MELAMPAU

image

Sakit hati pulak aku dengan anak kucing aku yang seekor nie. Pantang buka tingkap sedikit, pasti dia gigih nak panjat. Konon nak keluar amik fresh air agaknya. Tak sedar ke dia duduk tingkat 13?.

Tau r ada 9 nyawa. But kalau jatuh dari tingkat 13 mesti sakit kan? Tu tak kira lagi kalau kene sakit jantung berulang kali ke apa kan? Alih alih sampai tanah, nyawa dah tinggal satu. Tinggi sangat! Tak ke aniaya diri sendiri tu namanya!.

Pengsan.

BALKONI KUCING

image

Rumah aku tak ada air cond bagai. Jadi, memang bergantung 100peratus dengan kipas dan cuaca luar. Semua sedia maklum, kucing parsi ini berbulu tebal. Jadi, mahu tak mahu diorang memang memerlukan suasana dan keadaan yang tak terlalu panas. Kalau panas, diorang akan jelir lidah macam anjing. Kesian aku tengok diorang. Tunggu business maju sedikit lagi dan gaji mencanak canak naik lagi, aku akan belikan air cond plak untuk diorang.
Continue reading BALKONI KUCING