KESIMPULAN – MILAN

image
Milan – Kesimpulan yang boleh aku buat untuk kota fesyen ini ialah wow. Memang seronok dan teruja dengan culture dan cara hidup disini. Memang beza betul persekitaran negara maju dengan negara yang sedang rancak membangun. Budaya diorang lain.

Kesemua orang kat Milan ini aku tengok stylo sokmo. Tak kisahkan berapa harganya pakaian diorang, semua orang yang aku jumpa memang bergaya sungguh. Pandai berfesyen kot. Terletak semuanya. Kagum betul.

Yang hairannya, disini kebanyakan kedai makan yang fine dining start buka pukul 6 petang. Dah tu? Sebelum pukul 6 tu diorang tak makan ke? Masak sendiri di rumah atau memang makan tepat pada waktunya? Sampai sekarang aku tak sempat nak cari jawapan.

Seandainya diberi peluang dan rezeki lebih lagi, nak je datang sini lagi. Tapi dengan syarat kene bawa ongkos lebih sedikit.

Nak buat macam mana kan. Kebanyakan harga barangan di sini lebih murah berbanding dengan apa yang ada di Malaysia. Kekadang hangguk jugak cz diorang kan guna matawang Euro. Memanglah angkanya nampak kecil. Cuba kalau di convert terus. Ada yang tak menyinggah terus hahahahaha.

Pengalaman yang menyeronokkan.