Hari keempat jugak akhirnya. Sejenuh aku bercerita kat sini, jenuh dan penat lagi aku menempuh pengembaraan 5 hari ini 🙂 Pengsan. Agak penat sebenarnya. Rasa macam dah kat negara sendiri pun ada jugak. Chewah. Lepas nie dah boleh kawen dengan awek cina lah agaknya haha. Matilah.
Seperti datangnya kami dari Shenzen menuju ke Guangzhou, seperti itu jugaklah perjalanan kami dari Guangzhou menuju ke Shenzen. Boleh rujuk kepada entry entry aku yang sebelum ini. Aku sisipkan maklumat perjalanan kami disitu. Jadi, tak perlulah aku mengulang kata bicara yang berkaitan.
Apa yang membezakannya ialah perasaan gemuruh kami agak kurang berbanding sebelum ini. Normallah tu kan? huhu.