Alhamdulillah, teruja dan kagum cz baru pagi tadi buat urusan pembaharuan lesen memandu secara online via myeg, petangnya terus dapat – ada orang hantar.
Agak gambra sebenarnya sebelum ini. Yelahkan, macam mana boleh lupa / tak perasan lesen memandu aku mati pada tarikh lahir yang lepas. Boleh pula drive balik Melaka, Batu Pahat dan Johor Bharu. Drive dengan penuh yakin je kan haha. Sabar je lah.
Kat sistem tu terus setup renew untuk 2 tahun terus. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM67 termasuk kos penghantaran. Kira murah, cepat dan mesra lah tu kan? Tak kisahlah tak ada gambar dalam kad lesen tu. Janji aku tak perlu beratur panjang atau menunggu giliran di kaunter.
Syukurlah, kemudahan yang amat bagus.