Sedar tak sedar, rupanya usia aku sudah menjangkau 27tahun. Pada masa yang sama, sudah lebih 3 tahun aku bekerja + meninggalkan alam pembelajaran. Niat dihati memang teringin sangat nak sambung belajar ++ Tapi nak buat macam mana, keadaan masih tidak mengizinkan. Gitew
Semalam, sabtu bersamaan dengan 2 Jun 2012 aku berkesempatan untuk menghadiri majlis kenduri sempena pernikahan kawan class lama aku..Si Izdihar. Aku kenal dia since ambil Diploma di UiTM Shah Alam lagi. Kira kira pada tahun 2003. Plus, sama class lagi untuk Ijazah dari 2007 – 2009. Lama bukan?
Aku bukanlah seorang yang sosial sangat dalam class. Biasa biasa sahaja. Tak berapa mesra sangat dengan orang / budak budak class. Aku bual bual dan kenal rapat pun cz Hanif. Kalau x, jangan haraplah. Mulut aku memang puakan / cakap lepas. Mesti ramai yang kurang berkenan dengan sifat aku yang direct to the point. Hahaha
Dek kerana majlis perkahwinan sahajalah aku akan dapat berjumpa dengan kawan kawan lama. Yelah kan, bila masa lak aku nak contact mereka. No hp diorang pun aku tak ada 🙂 masing masing dah kahwin dan beranak pinak. Tiada keperluan kot. Silap haribulan memang kene pelangkung dengan pasangan mereka. Pengsan
Tapi, so far aku memang puas hati dengan penganjuran majlis ini. Nampak hebat. Makanan pun sedap. Aku suka dengan nasi basmati yang digunakan. Panjang dan gemuk 🙂 Pemilihan menu yang disediakan pun general. So, semua orang boleh pilih. Suka salad yang ada. Hahahaha
Baju yang dipakai ala2 sulam manik bagai. Sesuatu yang harus dipuji.. memang sesuai dengan si pemakai. Simple tapi nampak gojes. Tak sangka plak minah nie boleh jadi kurus macam nie. Hebat dan harus dipuji dengan diet dia.
Dah kene tukar title n nama jadi Puan Bacen la plak haha
Bila ek turn aku untuk buat majlis ala2 macam nie? Hahaha
Posted from WordPress for BlackBerry.