FESTIVAL KUCING PUTRAJAYA 2013

Ikut perancangan memang nak joint pertandingan kucing cantik di Festival Kucing Putrajaya 2013 ini. Tapi, memandangkan antara syarat untuk masuk pertandingan ini ialah kucing itu kene dimandulkan dahulu. So, memang tak lepas lah. Kata nak jadi breeder 🙂 So, memang tak akan mandulkan kucinglah kan ahaks. Insyaallah.

Festival kucing ini berlangsung selama dua hari – hari ini dan esok. rasanya, pertandingan kucing cantik itu akan berlangsung pada hari esok kot. Emm, hari ini jz pameran semat mata je kot. Esok aku tak boleh nak datang tengok cz perancangannya nak tengok International Cat Show yang dianjurkan oleh The Cat Fanciers’ Association (CFA). CFA inilah yang keluarkan surat beranak untuk CherryPie Ryuu Hiroki aku.

Kalau nak diikutkan based on bunting yang ada kat Festival Kucing Putrajaya ini, diorang macam collaborate dengan Federation International Feline. Ada banyak badan / persatuan yang keluarkan surat beranak kucing ini. Aku pun tak faham dan tak mahu faham sangat 🙂 Cukuplah tahu satu je hihi.

Tak banyak gambar yang aku boleh ambil cz tak banyak kucing yang ada time tu. Kalau ada pun, terlalu ramai orang. Nak ambil gambar pun agak susah dan bersesak sesak. Rasanya, esok mesti lagi ramai orang. Pengsan.

Kebanyakan kucing yang ada kat sini macam xda yang jenis persian. Maybe kebanyakan persian pergi ke International Cat Show di Flamingo, Ampang esok kot :). CFA khabarnya memang popular untuk kucing jenis persian.

 Emmm, cantik plak aku tengok Cat Tree ini. Aisyeee, nasib baik ongkos tak ada sangat time nie hahahaha.