1MALAYSIA CFA INTERNATIONAL CAT SHOW 2013

Oh, 1Malaysia CFA Internatioanl Cat Show 2013 rupanya nama pertandingan ini huhu. 1st time aku attend event pertandingan kucing macam ini. Sebelum ini, sekadar menonton je. Tapi kali ini nak belajar selok belok untuk joint pertandingan. Pada masa yang sama, aku rasa event yang aku attend ini nampak lebih proper dan ekslusif sedikit berbanding yang lain.

Dek kerana pertandingan inilah aku mengenal Ciku Kiwi Enterprise hahaha. So, secara tidak langsung memang mempopularkan kedai haiwan peliharaan diorang. Merketing strategy yang bagus.

See, nampak grand kan cat show ini? Siap ada ‘kelambu’ lagi untuk setiap kucing yang masuk pertandingan ini. Suatu pengalaman dan ilmu pengetahuan baru untuk aku.

Tapi yang tak syoknya, aku kerja on call pulak time tu. Kene update beberapa status official la pulak. Tu yang agak kurang merasai feel pertandingan ini tadi. Sentap hahaha.

Tengok tu, siap ada sesi temuramah bagai. Not sure ini TV mana satu.

Ada banyak jenis kucing yang masuk pertandingan ini. Aku agak kurang nak ambil gambar cz kebanyakannya look like ekslusif. Yelah kan, aku pun tak berapa suka kalau orang ambil gambar kucing aku untuk suka suka. Lain orang, lain caranya 🙂

Nasib baik aku tak masuk pertandingan ini. Tengok je lah, nampak gebu belaka semua kucing yang masuk pertandingan ini hahaha. OK, get ready then.

Pertandingan ini ada 4 ring ( 4 orang pengadil). Kebanyakan orang akan masuk pertandingan yang ada 4 orang pengadil for some reason yang aku pun kurang pasti. Untuk dapatkan title ‘champion’ dalam surat beranak diorang rasanya. So, kalau ada title tu, nampak lebih nilai (harga) hihi.

Emm, aku baru tahu yang kucing jenis Main Coon ini baka besar rupanya. Dah nampak macam anak anjing pun ada jugak 🙂 So sweet je kan.

Aku rasa, ini kalau duduk sekali dengan kucing kucing aku kat rumah tu, mau kalah diorang hahaha. Tapi syok jugak bela kucing saiz besar ni. Lubang kecik2 yang ada kat rumah tu mesti diorang tak muat nak masuk hahaha. Alahai, comelnya diorang. Geram pulak aku tengok.

Ini pula ialah medal-medal yang akan diterima oleh kucing yang masuk bertanding. Heaven dan seronok pulak tengok menda alah tu haha.