Borong buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Alhamdulillah, cita-cita untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 tercapai jua. Dapatlah juga curi-curi masa berkunjung ke sini. Sujud Syukur terus dikkk. Kalau pergi hari cuti, mesti sesak dan berhimpit himpit dengan manusia kan. Jadinya, memang sedang elok sangat pergi time hari bekerja. Kalau sesak pun sebab rombongan budak-budak sekolah je pun. Not to worry mana.

Tiap rerurai pameran dan jualan buku aku pergi jengok. Kebanyakkannya agak kurang memenuhi selera aku. Nampak market macam lebih kepada kanak-kanak / budak-budak sekolah je. Novel memang banyak yang amat. Sana sini novel.  Nampak sangat aku ni dah berusia. Buku bacaan pun lain sudah hahaha.

Dalam banyak-banyak rerurai, aku hanya beli buku di rerurai Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) dan The Patriot sahaja. Sebab tawaran diskaun yang menarik dan genre buku yang menepati citarasa aku. Hajat dihati, memang nak memborong sakan sana sini. Tapi, tu lah. Keadaan kewangan yang agak tidak stabil sangat sekarang nie. Bajet untuk belian kali ini hanya RM200 sahaja. Nasib baik Okay. Andaikata rezeki banyak, maunya aku borong sampai ke RM500 lebih huhu.

Apa yang paling syok ialah aku dapat banyak diskaun untuk belian buku di ITBN. Paling imprezzz adalah diskaun sehingga 80% untuk buku Sejarah Matematik. Masyaallah takjub aku dibuatnya huhu. Happy.

TERUSSSS aku dapat 2 borang untuk cabutan bertuah. Harapnya, berjayalah yer. Mana tahu dapat hadiah best ke apa ke kan. Insyaallah amin.

Emm, Lagi satu, dok membeli buku banyak-banyak ni pun sebab cukai. Jadinya, tahun depan adalah benda yang boleh dituntut balik. huhu.

 

PESTA BUKU : BIG BAD WOLF 2011

Big Bad Wolf Books
Baru sahaja balik dari expo jualan buku-buku murah anjuran OCBC Bank di MAEPS Serdang Selangor. Just wonder, begitu murah harga jualan buku-buku disitu. Tapi yang tak syoknya tu, kebanyakan (semua) buku yang dijual adalah dari oversea. Terus down aku kat situ. So, mulalah aku terkebil-kebil mana nak cari buku yang bersesuaian dengan aku.
At last, dapatlah buku resipi indonesia (english version).Penulisnya macam ala-ala orang belanda je namanya. Oit oit…
Aku memang suka membeli buku & lepak2 kat tempat-tempat macam ni. Tapi tak syok jugak cz terlalu crowded dengan orang. Wow… quit impress dengan orang yang main ambil je buku-buku kat situ. Banyak duit.Oh, maybe diorang ambil dan pilih di tempat lain. Agak-agak suka, beli lah terus. Maybe itu style diorang.
Aku berkira-kira jugak nak beli mana yang berkenan dan betul betul sesuai. Kat rumah ada internet. Why not aku jz refer je internet. FOC kot. Plus, kebanyakan resipi tu adalah dari oversea. Tak tau la camne citarasa mereka.
Tapi, jauh disudut hati aku, kenapa lah buku-buku terbitan kat Malaysia ni tak semurah tu. Kan best kalau murah-murah. Haruslah aku borong semua tu. Tak kisah berhabis banyak.Janji pulangan dan ilmu yang diperolehi tu berbaloi dengan apa yang disukai 🙂