Borong buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Alhamdulillah, cita-cita untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 tercapai jua. Dapatlah juga curi-curi masa berkunjung ke sini. Sujud Syukur terus dikkk. Kalau pergi hari cuti, mesti sesak dan berhimpit himpit dengan manusia kan. Jadinya, memang sedang elok sangat pergi time hari bekerja. Kalau sesak pun sebab rombongan budak-budak sekolah je pun. Not to worry mana.

Tiap rerurai pameran dan jualan buku aku pergi jengok. Kebanyakkannya agak kurang memenuhi selera aku. Nampak market macam lebih kepada kanak-kanak / budak-budak sekolah je. Novel memang banyak yang amat. Sana sini novel.  Nampak sangat aku ni dah berusia. Buku bacaan pun lain sudah hahaha.

Dalam banyak-banyak rerurai, aku hanya beli buku di rerurai Institut Terjemahan Buku Negara (ITBN) dan The Patriot sahaja. Sebab tawaran diskaun yang menarik dan genre buku yang menepati citarasa aku. Hajat dihati, memang nak memborong sakan sana sini. Tapi, tu lah. Keadaan kewangan yang agak tidak stabil sangat sekarang nie. Bajet untuk belian kali ini hanya RM200 sahaja. Nasib baik Okay. Andaikata rezeki banyak, maunya aku borong sampai ke RM500 lebih huhu.

Apa yang paling syok ialah aku dapat banyak diskaun untuk belian buku di ITBN. Paling imprezzz adalah diskaun sehingga 80% untuk buku Sejarah Matematik. Masyaallah takjub aku dibuatnya huhu. Happy.

TERUSSSS aku dapat 2 borang untuk cabutan bertuah. Harapnya, berjayalah yer. Mana tahu dapat hadiah best ke apa ke kan. Insyaallah amin.

Emm, Lagi satu, dok membeli buku banyak-banyak ni pun sebab cukai. Jadinya, tahun depan adalah benda yang boleh dituntut balik. huhu.