Sehari suntuk kami ronda ronda dan jalan jalan di Venice, Itali. Pemandangannya sedikit lain disini. Waktu petang, orang dah tak ramai sangat. Tak tahu ke mana diorang. Di Itali ini aku sedikit hairan, macam tiada aktiviti di waktu malam. Tak tahu apa ceritanya.
Restoran makan pun mula dibuka pada pukul 6 petang. Kat sini pukul 6 memang nampak terang lagi.
Andainya suatu hari nanti aku ada peluang ke Itali lagi, akan aku tulis dengan detail dan tambah apa-apa info yang boleh dikongsi bersama. Seriousnya aku memang tak ready huuu.
Sedikit hairan, gerai-gerai menjual cenderamata dikendalikan oleh warga asing ( Bangla ). Siap ada yang pandai bertutur dalam bahasa melayu lagi.