LABU SAYONG VS PASU

image

Salah satu benda yang wajib beli kalau dok pergi Perak ialah Labu Sayong / Pasu. Yummy yummy

image

Aku beli 2 biji labu sayong dan juga 1 biji pasu jenis yang licin tu. Labu sayong tu harganya RM17 satu dan harga pasu yang licin tu pula harganya RM19 – kot. Lupa plak hihi. But, for sure harganya memang lebih murah berbanding tempat lain. Syukurlah nak
Continue reading LABU SAYONG VS PASU

MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, pejam celik sekejap je kita sudah sampai 10 Ramadhan terakhir (Hari ini 20 Ramadhan). 10 malam terakhir ramadhan sentiasa dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar . 

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
  1. Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
  3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  4. Khamis – malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
  5. Sabtu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Antara Tanda – tanda Malam Lalilatul Qadar / Lailatul Qadr ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya       ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
  4. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Tahun 2012 ini, ramadhan jatuh pada hari sabtu, means kalau mahu diikutkan berdasarkan kepada petua diatas – malam lailatul qadar jatuh pada 23 ramadhan – sabtu malam ahad nanti. Wallahualam.
Kekadang aku musykil juga dek kerana setiap negara negara islam disunia ini – 1 ramadhan berbeza beza. Ada yang sama, ada yang terawal sehari dan ada yang terlewat sehari diantara satu sama lain. Apa ke maknanya semua ini?
Alhamdulillah, rasanya aku jumpa malam lailatul qadar / qadr tahun lepas. Semua ini dek kerana aku terdengar ceramah agama di SINAR.FM semasa di dalam kereta + dalam perjalanan mahu pergi berbuka puasa. YES, kesemua faktor dan tanda-tandanya memang aku rasai. Jiwa tenang yang amat. Aku tak sembahyang terawih pada malam itu. Tapi aku sempat sembahyang hajat sebelum fajar menyingsing. Siapa tahu, Allah menerima / menunaikan hajat terpendam aku 🙂 Insyaallah
Tahun ini harapnya dapat aku berjumpa lagi. Semoga kita sama sama panjang umur, murah rezeki, ditunaikan hajat, dimakbulkan doa dan berbahagia hendaknya didunia dan akhirat nanti. Insyaallah