PISANG CHEESE JAKARTA

image

Tak sangka, rupanya Pisang Cheese Jakarta ada buka cawangan di Putrajaya. Yang lebih uniknya, diorang buka di Cafe Wisma Tani Putrajaya hahahaha.

Adalah aku tanya diorang. Rupanya baru start buka semalam – 3 Disember 2014. Hari ini hari kedua diorang meniaga kat sini rupanya. Agak murah juga kadar sewaan di Kotani Wisma Tani ini. Sesuai dengan nama Koperasi. Kagum.

image

Aku order Original – RM7 setiap bungkus. Order untuk diri sendiri dan jugak Rashidah.

image

Kan best kalau diorang ada bg option pisang goreng + sambal kicap special. Oleh kerana aku orang Johor, susah yang amat nak cari pisang cicah dengan sambal kicap yang sedap area Klang Valley nie. Sedih OK.

image

Zahid Azmi asyik memakan pisang cheese. Sedap yang amat katanya. Pakcik tu semua benda dia makan. Adik adik baru nak naik lah katanya. Semua benda sedap hihi.