ANAK ANAK KUCING AKU POPULAR

image

Anak anak kucing aku popular. Tak sangka boleh sepopular ini hahaha. Banyak kali juga kawan kawan aku bagitahu gambar anak kucing aku dimasukkan ke dalam FB Dunia Kucing etc.

Entahlah, diorang ambil gambar anak anak kucing ini dari mana pun tak pasti. Blog mykeledek.com inj kot. Tak pun FanPage Facebook aku.

Kekadang aku terfikir gak, betul ke perbuatan mereka tu? Ambil gambar sesuka hati dan publish di tempat diorang. Ke memang tak perlu minta izin atau bagi kredit?

Macam mana tu.

Oh ya, itu gambar Sockie, Foxie dan Orange J. Sebulan lebih kot usia diorang time nie. Aku still mengajar diorang cara untuk buang air dengan betul, tertib dan bersih haha.

LAGU HARI RAYA AIDILFITRI

Memang sudah menjadi kebiasaan, apa-apa sahaja perayaan atau sambutan….mesti ada lagu tema yang berkaitan. Same goes to Hari Raya Aidilfitri. Mana syok kalau hari raya tiada dendangan / alunan lagu lagu raya. Ye dak? haha

Setiap orang mesti ada lagu raya kegemaran. Disini aku senaraikan koleksi lagu-lagu hari raya aidilfitri yang aku rasa syok je dengar sepanjang hari raya. Lain orang lain citarasanya 🙂

Lagu Raya Aidilfitri

Continue reading LAGU HARI RAYA AIDILFITRI