Selesai Mengundi di Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan

Alhamdulillah syukur bebanyak. Pepagi buta seawal 8 pagi lebih aku ke pusat pengundian di Sekolah Agama Sri Medan. Hairan, family aku yang lain mengundi di SRK Sri Sejati. Aku pulak tercampak jauh ke pekan. Sentap.

Suasana belah pagi agak tenang sebab tak ramai lagi yang sampai. Sebab tu datang awal. Mengundi dan terus balik Kajang. Takut kesesakan lalu lintas je nanti.

Dakwat calit untuk PRU14 nie nampak lebih pekat dan tahan lama berbanding PRU13 yang lalu. Mula-mula nampak cair, tapi lama kelamaan jadi pekat.

Sama seperti PRU13, aku masih lagi saluran 3 huhu. Aku tengok tadi, saluran 1 dan Saluran 2 panjang dah beraturnya. Agaknya sebab orang muda jenis datang lewat kot huhu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Mengundi di DUN Sri Medan dan Parlimen Parit Sulong

Yeah, akhirnya tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah kita ketahui.

Ini adalah kali kedua aku mengundi. Sepatutnya kali ketiga tapi pada awal usia 20an aku masih lagi bergelar pelajar. Nak balik mengundi mana ada duit. Tak kenal pun ahli parlimen / ahli dewan undangan negeri (ADUN) sedia ada dan yang bertanding pada ketika itu haha. Agaknya sebab kawasan tempat aku mengundi adalah ‘putih’ kot. Kawasan selamat. Letak siapa sahaja, insyaallah biru jua ahaks.

Untuk PRU ke-14 ini, aku masih setia lagi dengan DUN Sri Medan dan Parlimen Parit Sulong. Adun Sri Medan ialah YB Dato’ Zulkurnain Kamisan dan Ahli Parlimen Parit Sulong ialah YB Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad.

YB Noraini Ahmad ini gigih bekerja. Tengok je lah facebook dia, sana sini kehulu hilir perginya. Pernah menjadi menjadi Ketua Puteri UMNO dan Timb Menteri Sumber Manusia dulu. Not sure kenapa tidak lagi jadi Timb Menteri atau Menteri dimana-mana kementerian zaman Pak Najib.

Sumber: Malaysia Access

Sekarang ini, jadi Pengerusi MATRADE. Banyak juga tengok aktiviti-aktiviti berkaitan MATRADE yang YB Noraini ini bawa ke Parlimen Parit Sulong. Secara peribadi pun pernah jumpa dan dengar dia bercakap. Banyak kali juga tengok dia berbahas di Parlimen. Sangat ilmiah dan berfakta. Jadi, kalau dia bertanding lagi pun aku pasti akan mengundi YB Noraini Ahmad. Sebab dia Ahli Parlimen yang nampak buat kerja.

Sumber: YouTube

YB Dato’ Zulkurnain Kamisan aku tak kenal mana. Sebab aku jarang balik Sri Medan. YB Zulkurnain Kamisan ini pun merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor. ADUN sebelum ini pun berjawatan yang sama. Agaknya memang allocation nya macam itu kot. Ada juga dengar suara-suara dari kawan-kawan yang kata tidak berpuas hati dengan dia nie. Entah, aku pun tidak faham mana apa yang tak puas hatinya. Malas nak masuk campur. Nampak banyak juga post-post update di Facebook dan berita mengenai YB nie.

Apa yang aku tahu, banyak dah pembangunan dan perubahan yang aku nampak dalam masa 5 tahun ini. Jalan dah berturap, sokmo nampak program anjuran kerajaan disana sini. Jadi, apa lagi yang kita mahukan. Penyandang sedia ada perform, kalau mereka bertanding lagi, kita undi lagilah mereka. Tiada keperluan untuk tukar yang lain.

Sekadar pandangan peribadi.

Sumber: Orang Johor