JUADAH BERBUKA PUASA HARI KETIGA RAMADHAN

image

Plan asal, aku nak masak based on ikan masin yang wawa bagi. Tapi dok kerana esok nak balik kampung dan aku kena habiskan daging ayam huhu.

Jadi, aku masak ayam goreng kunyit je lah ayam tu. Memang dah plan dari awal pun nak masak ayam goreng kunyit hihi. Nyum nyum. Buat pertama kalinya aku memasak one of my fav dish ahaks.
Continue reading JUADAH BERBUKA PUASA HARI KETIGA RAMADHAN

TIPS MEMILIH BUFFET RAMADHAN

Genap 1 minggu lagi bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini akan lebih baik daripada yang sebelum sebelumnya. Insyaallah.

Lupakan sebentar Eyriqazz vs Denaihati

Aku tidak pasti bagaimana dengan orang lain. Tapi, bagi aku dan orang orang yang aku kenal dan aku tengok. . . Ramadhan di bandar lebih banyak dipenuhi dengan tawaran tawaran buffet ramadhan dari restoran biasa hinggalah ke hotel hotel bertaraf bintang bagai. Ada sahaja promosi, daya tarikan dan keunikan yang ditonjolkan. Kadang kadang naik geram pun ada gak. Cz puasa kan. . geram tengok juadah makanan dan minuman yang pelbagai itu.

Susah sebenarnya nak pilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi. Pada pandangan aku, antara aspek aspek utama yang perlu di ambil kira ialah :-

1. HARGA
Pastikan berbaloi harga yang dibayar itu dengan keenakan/jenis juadah yang disediakan.

2. KEDUDUKAN / JARAK
Pastikan kedudukan atau jarak restoran / hotel dari tempat kediaman / rumah tidak terlalu jauh. Biasanya waktu petang di bulan ramadhan memang akan sentiasa berlaku kesesakan lalu lintas yang over khasnya di lembah klang. Kalau ada public transport macam LRT lagi bagus.

3. REVIEW
Rajin rajinlah buat research kat internet atau kenalan berkenaan hotel / restoran yang nak kita pergi tu. Kalau ramai yang kata sedap. . kira OK lah tu. Kene ingat, ada sesetengah tempat tu tahun sebelumnya sedap dan tahun semasa tak sedap pulak. That why kene buat reseach betul betul. Aku pernah kene. . Oh sedih

4. STATUS HALAL
Pastikan tempat makan yang ingin kita tuju tu sudah dapat Sijil Halal daripada JAKIM. Kalau Pak JAKIM dah kata halal tu, memang halal r tu. Kene yakin dan percaya dengan dia 😉

5. KETUA TUKANG MASAK
Aku selalunya akan tengok dan semak dulu siapakah ketua tukang masak di tempat yang ingin aku tuju. At least aku tahu, makanan yang disediakan disini diseliakan oleh saudara seagama dengan aku. Secara langsung dan tidak langsung, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk pastikan makanan yang disediakan disitu terjamin kesucian dan kehalalannya. Insyaallah

RAMADHAN DI KAMPUNG

Baru semalam rasanya aku join contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Seronok rasanya tengok orang berlumba lumba test power dan ilmu pengetahuan masing masing mengenai SEO. Its good.

Aku kini berada di kampung halaman aku. Biasalah, next week dah nak puasa. . So aku plan nak tengok tengok dulu apa yang patut sebagai persediaan di bulan ramadhan dan syawal sekali. Suasana ramadhan dan syawal di kampung ( Johor ) khasnya dikawasan penempatan jawa memang meriah. Habis semua rumah dinaiki. . Berkampung kampung dan berhari hari mau round – tak termasuk rumah saudara mara dan sahabat handai. Memang masyuk bagi budak2 dan pokai bagi tuan rumah 😛

Syukur, pada masa ini musim hujan. At least sejuk cikit cuaca. Harapnya keadaan ini berterusan sehingga bulan ramadhan nanti. Seronok sikit puasa 😀 Tapi yang tak syoknya susah lah nak mengemas dan membersihkan halaman rumah. Asyik hujan je, tang bila nak bakar sampah nyerrr? Pengsan. . .

Sabar je lah

Ramadhan di Kampung VS Ramadhan di Bandar. . . mana lebih baik? Emmmm. . .Bagi aku dimana mana sahaja sama je kot. Tiada yang lebih baik dan tiada yang kurang baik. Cuma yang membezakannya hanyalah bagaimana seseorang itu melakukan / menjalankan / menjalani ibadah puasa itu sendiri. Comel pulak ayat aku nie. Pengsan

Ramadhan akan jadi syok apabila kita bersama sama rakan rakan / keluarga sama sama sahur,buka puasa dan solat terawih. Sedih ok kalau sahur / berbuka / terawih sorang sorang. Rasa macam nak nangis je. Feel hiba yang amat. Dulu time study, selalu je aku alami pengalaman ini. Itu pun cz banyak kawan kawan yang dah balik cz dah habis exam. Pengsan

Apapun, seronoknya ramadhan di kampung ialah aku boleh makan bersama keluarga. Jimat kos cz ada orang tolong masakkan. Kalau nak pergi beli makanan di bazaar pun murah je harganya. Sedap pun sedap. .

Di kawasan penempatan aku, kami mengamalkan amalan bertukar tukar makanan. Dalam bahasa jawanya ‘ ngunjung’. Jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan akan saling bertukar tukar makanan yang dimasak. Area pukul 3 petang lebih tu, makanan akan dihantar dari rumah ke rumah. Semakin ramai saudara atau kenalan atau jiran, semakin banyak lah makanan yang dihantar dan diterima. Macam rumah aku, adalah dapat 30 lebih rumah. Rumah nenek aku pulak, mau 60 rumah lebih. Memang rezeki betul r kalau ada beberapa orang kenalan yang hantar makanan pada satu masa. Pengsan nak habiskan. So, kalau dah ada orang hantar makanan tu. . . Tak payah lah pening2 nak berbuka apa pada hari itu. Orang dah bagi free. Hihi Syukur. . Kiranya bersedekahlah jugak.

Sepanjang malam di bulan ramadhan pula. . Satu kampung memang akan diterangi dengan lampu di sepanjang jalan. Dulu, kampung aku guna pelita. . Tapi dalam beberapa tahun ini nampak gayanya macam dah bertukar kepada mentol. Setiap rumah diwajibkan untuk membayar RM10 untuk 2 bulan.

Dimasjidnya pula, jamuan yang diadakan datang daripada orang kampung sendiri melalui sistem giliran yang telah ditetapkan. Langsung tidak melibatkan kos.  Tapi masalahnya aku nie pemalu cikit. Nak bergaul dengan orang kampung pun macam tak ada point nak cakap. Orang pun tak tau nak cakap apa dengan aku. Kabehe ngomong jowo. . Pengsan

Tak tahu camne di bandar cz family aku di kampung dan aku duduk membujang di bandar. So perasaannya lain. Emm,maybe lebih kurang je kot. Dimana family kita tinggal. . Disitulah sebenarnya syurga dunia kita berada.

PUASA DI BULAN REJAB

Syukur alhamdulillah, kerana dengan izinnya..aku dapat berpuasa pada hari ini. Ishhh tak sangka betul. Boleh plak aku berpuasa sunat sekarang 🙂

Ini merupakan kali ke-2 aku diberi ‘hidayah’ dan ‘kekuatan’ untuk berpuasa sunat. 1st pada 1 Rejab yang lepas dan 2ndly pada hari nie 28 Rejab. Ahaks… Memang tak sangka.

Seakan suatu suratan aka kebetulan plak, time aku berpuasa…mesti kawan office aku pun berpuasa jugak. Tak pun dia xdatang 🙂 So, xda lah sebab utk aku turun makan bagai. Godaannya tak cukup kuat sangat haha

Sabar je lah

Cz housemate aku xda hari ini. So, aku jz berbuka puasa dengan cici esmidar gonzales je lah. Sama2 beli bahan mentah kat Mydin + Mesra Pet Presint 15 🙂 secara kebetulan makanan cici habis. Belikan dulu 1 kilo. Nanti balik melaka, beli yang 5kilo terus. Berbaloi baloi kalau beli kat Melaka OK. Ahaks..

Biasalah, dek kerana berbuka puasa seorang + peti sejuk rosak + peti sejuk baru tak sampai lagi..jadi aku jz masak Sardin + ikan masin + sayur kobis + telur mata + kicap + air tongkat ali power root. Tamak!!!

Tak habis OK! Malam nie sambung balik. Xpun esok pagi panaskan untuk buat breakfast. Aku lebih banyak minum air dari makan. Huhu.. Haus yang amat bro.

Posted from WordPress for BlackBerry.