SEKITAR MASJID PUTRA PUTRAJAYA

Imprezzzz. .  . Buat pertama kalinya aku solat Maghrib di Masjid Putra 🙂 Syukur Alhamdulillah lah kan ahaks.

Dah lama kot aku teringin nak jalan2 kat sini area lewat petang. Sambil2 tu boleh solat Maghrib sekali kat sini. Bunyinya macam poyo je kan. Tapi nak buat macam mana kan? Kau dah kuar lewat petang, pandai2 r cari tempat nak solat kat mana.

Continue reading SEKITAR MASJID PUTRA PUTRAJAYA

MR KABAB DAN NASI BIRYANI

Aku berbuka di Restoran Mr Kabab & Biryani semalam. Itupun aku pergi pukul 8.30 malam camtu. Malas nak bersesak dengan orang time waktu berbuka. Huhu. . . Tapi sebelum itu aku berbuka dahulu dengan lemang yang dicicah dengan kari ayam dan rendang tok. Kari ayam tu aku masak sendiri. Rendang tok tu aku beli. . Hihi aku tak reti masak daging. Tak minat sangat

image

Makan kat restoran macam ini tak boleh selalu sangat. Kalau ko banyak duit & tak kisah dengan berat badan, boleh lah. Huhu. . .

Aku mengenali masakan arab ini daripada rakan office yang secara tiba tiba mengajak aku makan di Restoran Saba Cyberjaya. Cerita 2 tahun lepas haha. Time tu rasanya restoran ini sahaja kot yang menyediakan masakan daripada timur tengah di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya ini. Tapi sekarang tengoklah. . Tumbuh bak cendawan sana sini.

image

Restoran Mr Kabab and Biryani ini terletak di Precint 15 Putrajaya. Dekat lah juga dengan tempat tinggal aku sekarang. Penuh je memanjang orang kat sini. Masyuk je orang tu. Makin lama aku tengok lot restoran ini makin bertambah. Business maju gamaknya. Huhu

Apa yang aku makan semalam? Seperti biasalah kot, aku order ayam tandori dan juga roti nan cheese. Kawan aku pulak order Mandy rice – ada ayam didalamnya. Pusing pusing, aku tengok nasi arab ini lebih kurang je kot. Yang membezakannya ialah cara masakan ayam tu. Kabsyah or hanith or roasted or mcm2 lagi. Cara masakan nasinya sama je kot. Betul ke?

Continue reading MR KABAB DAN NASI BIRYANI

SEKITAR PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012

Aku baru sahaja pulang jalan jalan di Program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 yang diadakan bersebelahan dengan KPDNKK Putrajaya. ENTRY SEBELUM INI

image

Seperti biasa, aku akan pergi awal – malas mahu bersesak dengan 1001 macam perangai dan karenah manusia sejagat huhu. Aku pergi sebaik sahaja habis berbuka dan solat Maghrib. Lucky cz memang syok je jalan jalan . . . dan yang penting tak lama selepas itu, orang berpusu pusu masuk. Waktu malam je dah macam ini. Aku tak boleh bayangkan macam mana waktu siang atau aku datang lewat sedikit. Pengsan

Tapi, apapun memang selesa program ini dibuat berbumbung dan berhawa dingin. Sejuk je rasanya hihi. . . . .

Continue reading SEKITAR PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012

MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai makan Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya dan semalam aku berpeluang pergi merasa pulak. Ohhh… perancangan addhock. Nasib baik time aku pergi memang orang tak ramai sangat yang pergi + booking hihi. Lucky one

Muka Orang Puasa – Calon Syurga

Aku pergi area jam 6.30 petang semalam – takut penuh gamaknya

Terkejut gak cz tiada orang sangat time aku pergi tu. Oh, lupa semalam orang belum gaji lagi. Of cz hari ini dan seterusnya memang penuh je buffet buffet ramadhan di mana mana 🙂 Pengsan. Apa yang aku suka disini ialah, kaunternya terletak diluar. So, taklah sempit sangat kalau orang ramai berpusu-pusu datang pada masa dan detik yang sama. Hebat Continue reading MAKAN BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan program sempena menyambut Aidifitri tahun ini seperti berikut:

Program : Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012
Tarikh : 25 hingga 29 Julai 2012
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Ruangan Letak Kereta, Presint 2 (Berhadapan Bazaar Ramadan)

Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 26 Julai 2012 (Khamis) 11.00 pagi.