PESTA FLORIA PUTRAJAYA 2012

FLORIA PUTRAJAYA / PESTA FLORA PUTRAJAYA 2012
Tarikh : 30 Jun – 8 Julai 2012
Tempat : Persisiran Tasik, Presint 2 Putrajaya
Masa : 9.00pg – 10.00mlm (Isnin – Khamis) / 9.00pg – 12tgh mlm (Jumaat – Ahad)
Tema : Bunga Kertas – Tetap Menawan
Kordinat GPS : 2.924820, 101.685365

Aktiviti menarik yang lain :

  • 200 aktiviti harian
  • Bengkel dan demonstrasi perkebunan
  • Pavilion bunga bungaan
  • Pertandingan fotografi dan lukisan cat air
  • Pameran produk komersial dan industri hortikultur serta landskap
  • Pertunjukan taman luaran berkonsepkan bunga kertas -taman bunga mawar, taman bunga semusim, taman bonsai, taman bunga berhawa dingin dan taman tumbuhan daun berwarna.
  • Demonstrasi oleh pereka taman
  • Pertunjukan bunga bungaan dari dalam dan luar negara : antara negara yang menyertai pameran untuk tahun ini ialah Australia, Taiwan, Indonesia, UK dan Korea.
  • Penganjur mensasarkan himpunan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesies dan kultivar bunga bungaan serta tanaman hiasan dalam dan luar negara.

Posted from WordPress for BlackBerry.

PEMANDANGAN DARI PRESINT 15 PUTRAJAYA

Gambar menunjukkan pemandangan dari Kuarters Presint 15 Putrajaya. Cantik bukan? Dari rumah boleh tengok pemandangan Putrajaya – Bangunan pejabat kerajaan / Alamanda / Bangunan Perdana Putra ++.

Aku tak pasti samaada pemandangan ini akan sama cantik atau tidak jika dilihat dari tempat yang sama 🙁 Sedih kot cz kawasan tanah lapang yang hijau itu sedang dalam perancangan untuk sebuah Pangsapuri – katanya. Mestilah lepas nie pemandangan sedikit terganggu / terhalang dengan bangunan ini. Tak dapet den nak nolong…

Sepanjang pembangunan kawasan perumahan baru nie, mesti habuk + debu banyak. Kene tutup tingkap lah gamaknya. Cz pengudaraan tiada, Air Cond kene beli… Aiyooooooo Sedih!!

Duduk dibandar memang tidak sesuai untuk tumbesaran + kesihatan. Walaupun…

Posted from WordPress for BlackBerry.

JALAN JALAN DI PASAR TANI PUTRAJAYA

Aku baru je balik dari Pasar Tani Putrajaya. Sambil sambil bawa family aku jalan jalan tengok pemandangan Putrajaya pada waktu malam. At least buka mata sekejap dengan new environment disini. Kesian, beberapa hari disini tak sempat mahu bawa jalan jalan di kawasan sekitar.

Lama jugak aku tak pergi ke Pasar Tani Putrajaya nie. Last tahun lepas kot. Nampak sangat aku sudah selalu sangat pergi dulu 🙂 bosan sikit cz menda sama je. Aku pergi pun untuk tengok2 orang lalu lalang + isi masa lapang + beli buah durian. Lain2 aku kurang berminat.

Ermm, biasalah perempuan kalau pergi mana mana mesti akan stay belek belek lama di bahagian tudung, baju, kain dan kasut. Pengsan. Mak aku siap pergi beli kain japanese silk dan tudung. Katanya disini murah. Kalau kat kampung harga lebih kurang, cuma pilihan tu tak sebanyak sini. Gitew

So far, memang OK je Pasar Tani ini. Cuma kene aware dengan harga barangan / makanan. Kadang kadang tak berbaloi. Kene pandai pilih. Kalau tak, memang ada je kekurangannya. Biasalah, di lembah klang ini ada ke yang murah dan sedap. Kalau ada pun mesti mahal dan jarang2 memenuhi selera. Masak sendiri je lah mak oiiii. Kat sini makanan sedap ke tak sedap ke memang orang beli je. Pilihan kurang… Sedih

Posted from WordPress for BlackBerry.

SNOGURT PRESINT 15 PUTRAJAYA

Aku ini bukanlah jenis orang yang suka makan pelik pelik. Tapi kalau dah diajak dan keadaan mendesak..aku OK je. 2 malam berturut turut kot aku makan frozen yogurt di Snogurt Presint 15 Putrajaya. Dekat je dengan rumah..so OK je.

Biasalah, cuaca panas je sejak akhir akhir ini. Hujan pun tak tentu. Ditambah pula aku terlibat dalam sambutan Hari Belia di Putrajaya.. Jaga booth dan juga jual kain 🙂 business sangat. Panas kot. Dok berjalan kehulu hilir..angkut barang sana sini..jem sana sini..sesak sana sini. Last last haus menguasai diri. Gitew

Aku tak tahu kalau kawan aku tak bagitahu. Oh, rupanya waktu operasi Snogurt Cawangan Presint 15 Putrajaya ini berbeza beza. Siap ada discount dalam hari hari dan masa masa tertentu. That why lah kawan aku ajak makan untuk 2 hari berturut turut iaitu pada hari sabtu dan ahad malam lepas. Itu pun makan untuk dapatkan diskaun 20percent ( jam 9.30malam – 11.00malam – hari ahad hingga hari khamis sahaja ). Itu yang kami datang malam area pukul 10pm lebih tu.

Lama lama aku makin serasi jugak lah dengan citarasa dan rasa froyo di Snogurt ini. Baguslah..aku tengok pun dah macam lebih baik dari 1st time aku datang makan dulu.

Tapi yang sedihnya informasi yang ada di laman web Snogurt ini macam tak complete. Ada kekurangan dari segi maklumat dan promosi. FBnya pun aku tak faham sangat. Ke aku yang memang tak suka/tak pandai baca timeline FB ni?

Aiii..lama tak pekena Tutti Frutti. Next gaji nak p sana pulak lah

TAMAN WETLAND SI BUAH PINGGANG PUTRAJAYA

Hari ini akhirnya sampai juga hajat housemate aku mahu beronggeng di Taman Wetland Putrajaya. Rancangan asalnya, kami memang mahu pergi pada waktu pagi. Tapi, siapa tahu hujan rintik rintik pulak. Macam tahu plak, aku memang mengantuk 🙂 So, kami tukar plan pergi Lowyat jap untuk usha tempat repair Netbook Power dia dan juga Kamera. Oh, pening juga rasanya cz lama tak pergi KL. Banyak sangat pembangunan. Lagi lagi di KL Sentral. Rimas aku dengan semua pembangunan ini. Habuk sana sini.

Continue reading TAMAN WETLAND SI BUAH PINGGANG PUTRAJAYA