BUBBLE TAMOGOCHI YANG BAGUS

image

Aku puji dan bangga dengan sikap / perangai anak kucing calico Bubble Tamogochi ini. Pandai dia berdikari dan membiasakan diri dengan kehidupannya yang baru.

Satu rumah dia explore. Kemudian, dia langsung tak hiraukan sangat layanan dingin kucing-kucing yang lain. Buat deeekkkkk je hihi.
image

Dia tersangat manja berbanding anak kucing yang lain. Im not sure kenapa. Kemana sahaja aku pergi, dia mesti ikut dan tunggu. Contohnya, kalau aku pergi dapur untuk memasak, dia mesti akan tunggu dan tengok je aku memasak. Sabar je lah.

Kat dalam kereta pula, normally kucing akan meragam tak selesa + feeling jakon. Tapi si anak kucing calico ini lain pula perangainya. Dok diam buat hal sendiri + tidur + jilat jilat bulu. Seronok dan sejuk je duit ini membeli ko diikkkkkk.

Semoga Bubble Tamogochi ini membesar dengan sihat dan baik + dapat melahirkan baka yang comel dan mahal. Hihi