Aku bukanlah seorang yang suka pergi ke kedai ‘pelik pelik’ ni. Tapi, apakan daya kawan aku ini memang suka seorang yang suka mencuba sesuatu yang aneh, lain daripada yang lain dan baru. Jadi, kalau pergi mana-mana dengan dia ini aku mesti bersedia dengan 1001 macam selera dia yang kadang-kadang sedikit mahal harganya. Sabar je lah
Dahulu, semasa di Johor Bharu..bermati matian aku mahu pergi makan tutti frutti. Kononnya mahu mencuba frozen yogurt. Ala-ala mahu tahu apa yang syok banget pasal menda alah ini. Yelah kan, ligat benar kawan kawan aku post dan update status di FB kata Tutti Frutti ini sedap bagai. Jenuh mencari dalam Sutera Mall JB. Rupa-rupanya kedai tu berada area 500m diluar Sutera Mall itu. Pengsan. Haha.. Suatu kenangan terindah yang tak mungkin aku lupakan sesama Su.