Hari raya kedua yang memenatkan dek kerana berhari raya di setiap rumah dikampung aku. Penat tapi seronok. Daripada sini aku boleh update new story kat kampung aku dan juga berkenalan dengan orang orang kampung. Jarang balik. . .so kene lah update sedikit akan kewujudan kita di sini. Beramah mesra dan berbual bual sesama sendiri. Huhu Kat tempat lain susah kot dapat yang camnie
Lainnya hari raya dahulu dan sekarang. Memang berbeza. Dahulu, sewaktu kecil kami memang ada banyak group budak budak sekolah yang dok berhari raya. Naik basikal dan sama sama lawan siapa collect paling banyak duit. Penat kot mengayuh basikal keliling kampung sendiri dan kampung kampung sebelah. Tapi sekarang aku tengok keadaannya jauh berbeza. Tak nampak lagi group group budak kecil yang berbasikal atau pun bermotor keliling kampung untuk berhari raya. Pelik. . . Diorang tak beraya ke? Budak budak yang aku nampak nie pun dok join bara’an orang dewasa. Pengsan
Lagi. . Apa yang lain? Of cz nilai ringgit yang dibagi. Time aku kecil kecil dahulu, nilai paling minimum adalah RM0.20 atau RM0.30 atau RM0.50. Manakala nilai paling maximun pula ialah RM1 atau RM2 – jarang jarang. Tapi sekarang tengoklah. .average tiap rumah bagi min RM1. Hebat betul hahaha.