PERTAMA KALI KE RESTORAN ATMOSPERE 360 KL TOWER

Gambar dan cerita minggu lepas. Oleh kerana aku agak letih dan moody, so malas nak update blog. Minggu ini kita tunjal banyak banyak posting OK.

image

Aku tak pernah menjangka atau bermimpi pun nak jejak kaki ke KL Tower. Hairan cz aku rasa macam tak berminat dengan apa yang da di menara telekomunikasi ini. Pengsan banyak kali hihi.

image

Ada banyak ‘daya tarikan tambahan’ rupanya kat KL Tower ini. Kat bahagian bawah menara ini ada model rumah tradisional, jualan etc.

image

image

image

Cantik dan unik. Ini kalau ada masa senggang yang lebih, aku memang akan posing sakan kat sini. Rugi tak bawa kamera huuu.

image

Aku datang sini atas urusan kerja. Lupa plak berapa rate untuk naik ke atas. Aiiiii, rugi plak huhu. Mungkin boleh rujuk laman web KL Tower.

image

Sesuatu yang aku tak tahu selama ini. Rupanya KL Tower ini dimiliki oleh TM. Anak syarikat Telekom Malaysia rupanya. Mula mula rasa hairan. Fikir punya fikir, rupanya ada logik jugak cz KL Tower ini kan menara telekomunikasi. Pengsan.

image

image

Untung sangat u ollzz cz boleh masuk ke dalam Restoran Atmosphere 360 ini. Bertuahnya badan kan hahahaha. Tak pernah pun terfikir nak datang sini. Rezeki yang tidak disangka sangka. Terima jelah kannn.

image

Difahamkan, restoran ini akan berputar 360 darjah. Ia ambil masa selama kira kira 20 minit untuk kembali ke tempat asal.

image

Bangunan kedua tertinggi di Malaysia ini. So, memang boleh nampak pemandangan dari atas lah kan huhu. Cantik. Harga pakej untuk makan kat sini jangan cerita lah kannn. Tunggu gaji RM10K sebulan baru aku boleh datang sini bayar sendiri (baru rasa celah gigi). Kalau tak, menggigil jugak nak menghulur hahaha.

image

image

image

Banyak betul bangunan pencakar langit kat Malaysia ini. Im not sure kalau kat negara negara luar yang katanya maju dan moden tu. Menakutkan rasanya.