ROAMING DAN INTERNET DI THAILAND

Anak-anak sudah pandai dan rajin bertanya sekarang ini. Ingat dulu, tatkala pergi ke Vietnam untuk urusan rasmi, aku tak roaming dan bersedia langsung. Eh, tapi aku tak salah pun sebab baru bekerja. Lagipun wahyu dan seruan sampai petang hari sebelum bertolak.

Aku guna Celcom, jadi call je 1111 untuk aktifkan roaming dan bertanya apa apa perkara yang berkaitan. Untuk Thailand, katanya kene pilih telco sana secara manual – DTAC (Setting – Wireless/Network – Mobile – Network Operator). Macam itulah ceritanya.

Kadar panggilan tempatan di Thailand ialah RM3 per minute  (+66 …….. ).

Kalau telefon ke Malaysia pula kosnya ialah RM5.50 per minute (+60 ….. ). Tapi katanya kalau dail *120*60 …… #, kadarnya ialah RM4 per minute.

Kalau terima panggilan daripada Malaysia pula kosnya ialah RM3.50 bagi setiap minute.

Kadar SMS untuk tempatan / Malaysia pula sama sahaja iaitu RM0.98 sahaja.

Untuk internet pula ialah RM38 untuk unlimited per day (ikut waktu Malaysia). Kene pastikan guna operator DTAC. Kalau guna operator lain, kadarnya ialah RM20 bagi setiap MB.

Info baru, kalau sudah di luar negara dan ada apa-apa perkara nak tanya telco Celcom di Malaysia, hanya perlu dail *123# sahaja. Tapi kosnya ialah RM1 bagi setiap minute