ROYAL CANIN BUATAN CHINA

image

Orang kata, Royal Canin yang dibuat dan diimport daripada China nie tak elok sangat kualitinya. Rasanya tak sama macam sebelum-sebelum ini. Kononnya, rasa lebih masin.

Nak buat macam mana, mungkin made in Brazil tak sama dengan made in China kot. Nak kurangkan kos punya pasal agaknya.

Lagipun, harga makanan kucing jenama Royal Canin ini agak mahal berbanding yang lain. Situasi ini, sedikit sebanyak menyebabkan breeder kucing macam aku beralih kepada jenama lain yang menawarkan harga dan kualiti yang difikirkan lebih ekonomi.

Beralih sedikit demi sedikit.

MAKANAN KUCING ROYAL CANIN

Makanan Kucing Royal Canin – Aku agak kekok sebenarnya dengan diet pemakanan kucing jenis parsi / persia / persian ini. Mengada-ngada nak makan makanan yang mahal. Betul tak? hihi gurau je. Di awal penjagaan cici, pernah juga bagi dia makan jenama Science Plan. Tapi budak ini tak mahu makan…pengsan. Tetap mahu makan makanan dari jenama Royal Canin dek kerana sejak lahir lagi khabarnya pemilik asalnya memang bagi makan dari jenama ini. Pengsan lagi

SciencePlan

Mula-mula itu memang janggal jugaklah dengan longgokan jenis-jenis makanan kucing dari jenama Royal Canin ini. Banyak kot jenis jenisnya. Kekadang itu, nak beli makanan di kedai pun keliru.

Google sana sini + jalan jalan cari pasal di kedai Pet Shop.

Di Malaysia ini seakan kurang penerangan di Internet mengenai makanan kucing jenama Royal Canin ini. Lagi lagi yang berbahasa Melayu. Ohhhh sedih.

Daripada pemahaman, pemerhatian, google dan pengalaman sendiri – Berikut merupakan 7 jenis makanan kucing daripada jenama Royal Canin yang aku tahu.

Continue reading MAKANAN KUCING ROYAL CANIN