Semalam, aku pergi memborong barangan keperluan untuk 8 ekor kucing aku di Dewi Petshop Bazaria Pantai, Kerinchi KL. Aku tengok, kedai ini makin lama makin maju plak. Semakin meriah dengan 1001 jenis makanan, aksesori, pasir etc.
Kebanyakan harga barangan yang dijual adalah dibawah paras harga pasaran. Memang berbaloi dan rambang mata dibuatnya. Contoh terdekatnya ialah, Royal Canin untuk 10kg dijual pada harga purata RM230 berbanding harga pasaran RM275 camtu.
Pilih punya pilih, akhirnya aku beli 80liter sisa kayu pain, RC Persian 32 dan bekas cakar.
Total harga kesemua barangan yang dibeli semalam ialah RM670 camtu. Paling murah dipasaran. Im just wonder, business model yang macam mana diorang guna ini. Macam nak join je hahaha.