Negara Bakal Kekurangan 1 juta Unit Rumah Mampu Milik Pada Tahun 2020

Laporan Tahunan 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menyatakan negara bakal menghadapi masalah kekurangan rumah mampu milik  sebanyak 1 juta unit menjelang tahun 2020. Walaupun terdapat pelbagai program dan projek yang disediakan oleh sektor swasta dan kerajaan, namun jumlah unit yang dibina pada masa kini masih tidak mampu menampung permintaan pasaran.

Mengikut laporan, pada tahun 2014, negara menghadapi kekurangan bekalan rumah mampu milik berjumlah 960,000 unit.

rumah mampu milik

Kesan kekurangan bekalan rumah terhadap kemampuan diburukkan lagi oleh kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang tidak seimbang dengan kadar kenaikan harga rumah. Keadaan ini diburukkan lagi dengan trend semasa harga rumah yang berharga melebihi RM250,000 seunit.

Pada masa yang sama, terdapat bekalan berlebihan bagi rumah mewah yang di luar kemampuan isi rumah. Sebahagian besar kediaman dalam kategori ini tidak dapat dijual.

Pemaju kelihatannya lebih teruja membina pusat membeli belah demi mengaut keuntungan berbanding menyediakan rumah mampu milik. Perkara ini dpaat dilihat apabila kurang daripada 30 peratus pelancaran projek rumah baharu pada tahun 2016 adalah daripada rumaah mampu milik yang berharga di bawah RM250,000. Manakala 36 peratus pula bagi RM500,000 ke bawah.

Dari segi pasaran hartanah pula, terdapat tiga sektor yang menjadi tumpuan iaitu rumah kediaman bertingkat, bangunan pejabat dan terlalu banyak pusat beli belah di Malaysia.

BNM menolak persepsi kurangnya pembiayaan dan menyatakan pada akhir tahun 2016, kira-kira 56 peratus daripada pinjaman terkumpul adalah dari rumah berharga bawah RM250,000 seunit. Manakala 25 peratus pula datang daripada rumah berharga antara RM250,000 hingga RM500,000.

Pada tahun 2016 juga, peratusan permohonan pinjaman yang ditolak hanyalah pada kadar 23.6 peratus sahaja.

Dengan kata lain, isu perumahan mampu milik ini lebih kerapda masalah permintaan dan penawaran yang memerlukan perhatian pihak pembuat dasar dan bukannya masalah akses kepada pembiayaan.

Mungkin, penubuhan agensi tunggal untuk menyelaraskan penyediaan rumah mampu milik boleh mengatasi masalah kekurangan bekalan rumah mampu milik di negara ini pada masa hadapan.

Pada masa yang sama, langkah ini juga perlu dilengkapkan dengan skim pembiayaan yang lebih inovatif untuk membiayai pembelian rumah mampu milik.

Difahamkan harga hartanah dan kos infrastruktur sahaja merangkumi separuh daripada kos rumah. Perkara ini perlu dikurangkan jika kita mahu menyelesaikan isu rumah mampu milik ini.

Sumber: Kosmo, BHarian, Utusan

TUKAR KERETA BARU?

image

Sebenarnya aku sedang berkira-kira untuk menukar kereta hahaha. Samaada MPV atau something like Honda Jazz atau City. Aku rasa, macam ada keperluan untuk menukar kereta bagi setiap 4 atau 5 tahun. Nak tukar kereta Perodua Viva Rina Natasya. Nak beli Honda atau Volkwagen hahaha. Nafsu semata-mata.

Baiklah, target untuk tahun ini ialah beli sebuah apartment dan target untuk tahun hadapan ialah beli sebuah kereta untuk ‘keluarga’.

RUMAH MELAYU AWAL 40 an – 60 an

Aku dapat gambar ini via FB Jabatan Penerangan Malaysia. Tertarik dan secara tiba tiba KLMJ. Kenangan lama nie. Rumah aku kat kampung tak lah macam ini. Tapi rumah nenek aku lebih kurang macam ini lah dulu. Cuma sekarang ini ada sedikit penambahan sana sini.

Overall, kebanyakan rumah makcik2 dan pakcik2 memang camnie. Plus Minus camnie lah gamaknya. That why sejuk je rumah orang dulu dulu. Kekadang itu, aku rasa nenek moyang kita sebenarnya lebih maju berbanding kita pada zaman sekarang ini. Orang zaman sekarang kelihatan lebih berkiblatkan teknologi mat salleh bagai. Walhal sebenarnya teknologi / ilmu pengetahuan yang diwariskan kepada kita lebih maju, kita je yang tak perasan dan buat2 buta – pendapat peribadi.

Malas nak belajar daripada orang tua. Semua dok nak hantar anak ke oversea bagai. Last2, non ado

PEMANDANGAN DARI PRESINT 15 PUTRAJAYA

Gambar menunjukkan pemandangan dari Kuarters Presint 15 Putrajaya. Cantik bukan? Dari rumah boleh tengok pemandangan Putrajaya – Bangunan pejabat kerajaan / Alamanda / Bangunan Perdana Putra ++.

Aku tak pasti samaada pemandangan ini akan sama cantik atau tidak jika dilihat dari tempat yang sama 🙁 Sedih kot cz kawasan tanah lapang yang hijau itu sedang dalam perancangan untuk sebuah Pangsapuri – katanya. Mestilah lepas nie pemandangan sedikit terganggu / terhalang dengan bangunan ini. Tak dapet den nak nolong…

Sepanjang pembangunan kawasan perumahan baru nie, mesti habuk + debu banyak. Kene tutup tingkap lah gamaknya. Cz pengudaraan tiada, Air Cond kene beli… Aiyooooooo Sedih!!

Duduk dibandar memang tidak sesuai untuk tumbesaran + kesihatan. Walaupun…

Posted from WordPress for BlackBerry.

BELAJAR RESIPI

Ada beberapa resipi masakan yang aku teringin nak cuba buat.

AYAM PANGGANG
Biasalah, rumah aku ada aven. Aku beli pun cz aku dapat boucer jaya jusco. Tu yang aku sambar je oven nie. Kononnya sebagai pelengkap akhir barangan elektrik di rumah aku haha. Jadi, apa guna ada oven kalau tak digunakan ? Aku pun memang suka makan sesuatu yang pelik pelik. Sesuai lah dengan citarasa panggang memanggang

Continue reading BELAJAR RESIPI