Sabtu yang amat lapang dan mendamaikan. Cuti hujung minggu ini aku gunakan sepenuhnya untuk ‘bayar tidur’ aku selama ini. Back to back bangun dan tidur hihi.
Lewat petang baru jamah makanan. Itu pun makan sandwich subway je. Yup, aku betul betul sedang mengawal pengambilan makanan. Rasa macam dah berat sangat badan nie. Tak selesa dan banyak baju/seluar yang tak boleh pakai. Sedih.
Plannya, hari ini aku nak buat passport kat UTC Pudu KL. Tapi macam malas je kan. Harapnya isnin nie sempat lah nak buat. Nak minta excuse dengan bos jap. Then, nak buat media plan jap. Sabar je lah.