Biasalah, duduk di rumah apartment tapi berangan nak bela kucing..mahu tak mahu kene r sediakan tempat untuk dia melepas aka berak aka kencing.
Diawal ‘pembelaan’ cici dahulu, kami prefer untuk menggunakan pasir sebagai medium ‘pembuangan’ najis cici. OMG.. Memang banyak karenah betul pasir nie. Pengsan
Biasalah, baru mula mahu membela kucing..mesti r tak tahu apa2. Lagi2 aku yang memang wat dek je nie. Emm, pasir cici tu kami letak di tepi 2nd Toilet. So, senang nak buang najis tu via lubang tandas / salur air. Tapi susah jugak cz cici nie suka kais2 pasir. Habis bersepah kiri kanan toilet. Nak nak pasir tu memang tak boleh kene air. Kalau kene je mesti mengeras dan melekat. Mau jenuh nak mengemas tiap hari. Hati panas membara berbaur sabar yang memuncak OK! Ditambah lagi kalau bau najis tu harum semerbak..memang cobaan sangat.
Syukur..now semua ini sudah berakhir. Kami telah diperkenalkan dengan sejenis silika aka plastik yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada pasir kucing. Harganya pun lebih murah..
Dulu, harga pasir yang kami beli untuk 10L ialah dalam lingkungan RM18 – RM22 (depend on jenis). Tapi untuk jenis silika / plastik ini hanya lingkungan RM16 untuk X Liter 🙂 aku lupa. Kualiti silika memang lebih baik berbanding pasir :-
1. Tidak berbau – lega
2. Menyerap air – tahi akan mengeras
3. Tidak melekat – hebat
4. Pengurusannya mudah – senang nak buang najis
Selain itu, sekampit silika boleh digunakan almost 3minggu lebih ( untuk cici). Memang berbeza dengan penggunaan pasir dahulu. Ada satu minggu tu aku siap tukar 2 kampit pasir. Semata2 cz pasir yang dibeli tak menyerap bau najis + air. Memang seksa betul. Pasir yang dibeli tak berkualiti… Pengsan
Alhamdulillah, kini masalah telah berakhir. Wish xkan berulang kembali. Hoho
Posted from WordPress for BlackBerry.