AYAM KAMPUNG ADALAH KEGEMARAN AKU

image

Ayam kampung adalah kegemaran aku. Dalam satu bulan, tak sah kalau tak pergi makan ayam kampung samaada sekali atau 2 kali. Selalunya, Salina dan Azlina yang menjadi peneman setia aku. Kekadang, Rohaya pun join sekali huhu.
image

Kene datang awal to ensure kitorang dapat meja on the sport. Kalau tak, memang kene tunggu orang habis makan dulu hihi. Kalau tension sangat nak tunggu, tapau makanan je. Then, makan secara berjemaah di pejabat.
image

image

Emmm, entah bila lagi dapat makan bersama dengan Rohaya dan Azlina. Harap lepas ini boleh dapat jumpa dan keep in touch selalu. Tapi tu lah, mesti odd cz sudah tiada urusan rasmi dengan mereka lagi.
image

Pada masa yang sama, aku tak pasti samaada boleh kekalkan prestasi / pencapaian atau tidak. Sabar je lah.
image

Terima kasih untuk segalanya my dear.

BERBUKA PUASA DI TGI FRIDAY, ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Syukurlah nak,aku berjaya berpuasa 9 dan 10 Muharam. Ini adalah pertama kali aku berpuasa sunat pada bulan Muharam. Alhamdulillah 🙂 Emmmm, tak tahu esok nak sarapan apa hahahaha.

Plannya hari ini nak berbuka puasa di rumah sahaja. Tapi Salina tetiba ajak untuk berbuka puasa bersama dengannya di luar. Gigih pakcik memikirkan nak makan apa. Last2, makan kat TGI Friday je. Ini adalah kali kedua aku makan kat sini. 1st time aku makan kat Pavilion KL.
image

Terima kasih kepada Salina yang sudi meneman kitorang berbuka puasa hari ini. Menceriakan suasana dan sangat positif. I like.

image

Aku tak pandai dan tak tahu nak order apa. Ambil sahaja mana-mana yang difikirkan berkenan. Last last kitorang order Tennessee New York and Shrimp, Championship BBQ Chicken dan Grill Carribien Wings dan bottomless ice lemon tea. Agak takut nak order banyak cz takut tak habis.
image

image

image

Not bad dan sangat sedap rasa dagingnya. Aku suka dengan cara daging ini dimasak dan sosnya. Tak perlu makan dengan sos cili. Not sure diorang guna perencah / bahan grill yang macam mana. Tapi, memang sedap. Pemilihan menu yang tepat dan lazat.

Next time, mungkin aku akan datang sini lagi 🙂 Emmm, Salina suka makan sushi tak? Lupa nak tanya. Yeah, pakcik lama tak makan sushi 🙁 Jom teman boleh? Huhu.

SALINA BAHARUDDIN

Cantik dan sweet kan gambar nie? Baju yang sepadan, latar belakang yang superb & warna tema yang ala2 pinky purple. Senang cerita, memang ‘terletak’ je gambar nie. Very the photogenic u ollzzz hahaha.

Aku sendiri tak tahu berapa umur sebenar Salina ini. Emm, kalau tak silap, macam 24 tahun. Tapi, rasanya tahap kematangan dia lebih kot berbanding aku. Normallah tu kan cz dia pun study oversea nun jauh kat Amerika Utara khabarnya. Of cz memang hidup berdikari kat sana (kot).

Hairan, hampir setiap kali berjumpa dia, kami akan pakai baju yang sepadan. So, apalagi memang bergambar terus lah kan? Ini semua hanya sekadar kebetulan sahaja hihi. Lagipun aku agak kekok bergambar dengan dia. OK fine.

I reserve my comment.