Aduhai, tak sangka pula boleh kena saman sebab parking kereta tanpa mempamerkan kupon hahahaha. Rasa sangat kelakar pun ada juga. Yelah, selama aku duduk dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang MPKJ, baru aku tahu akan parking yang perlu dibayar. Pengsan
Tergamam juga tatkala melihat surat saman. Terfikir juga, kenapa selama ini aku tak pernah kena.
Ohhh rupanya sebab selama ini dok merayau pada hujung minggu sahaja. Hari kena sama adalah pada hari bekerja ahaks. Sabar je lah
Dalam surat sama itu ada dinyatakan kalau bayar pada masa kurang 72 jam, hanya perlu bayar RM10 sahaja. Teruja juga sebab pembayaran boleh dibuat melalui Mobile Apps.
Mobile Apps Flexi Parking ini sangat mudah. Friendly user bagi aku. Klik klik klik dan klik sana sini. Dah settle urusan pembayaran saman huhu.
Alhamdulillah syukur. Settle sudah urusan bayar saman. Sebab rasa serabut hutang-hutang ini. Semakin hari, aku rasa semakin tidak mahu berhutang Mati anytime. Better be prepared