ROTI CANAI PALING SEDAP

image
Roti canai Bagan Lalang

Ada beberapa tempat je yang aku rasa the best roti canai yang memenuhi selera tekak aku ~ air tangan melayu / jawa.

Pertamanya roti canai di Pekan Seri Medan Batu Pahat. Time kecik2 dulu aku selalu je pergi makan roti canai kat sini. Itu pun cz pakcik aku yang gemar makan kat warong…sebelum pergi nyawit kat kebun dia. Hihi. . Kenapa aku kata sedap? Cz orang yang buatnya memang melayu jawa hahaha. Kuah yang digunakan pula ialah kari ayam – banyak menggunakan bahagian kaki / leher. Memang penuh mangkuk kuah tu dengan bahagian bahagian ayam. Murah pun murah. . Biasalah, makanan di kampung memang semuanya murah dan sedap.

Keduanya ialah kedai roti canai di Seksyen 2 Shah Alam. Roti canai nie pun dibuat oleh orang melayu – kelantan rasanya. Memang memenuhi selera kemelayuan aku betul. Aku selalu pergi sini pun cz kedudukan medan selera S2 ni memang amat dekat dengan asrama aku. Kalau tak ada kelas pagi atau hari minggu atau malas nak makan kat kantin asrama, memang aku dan kawan2 akan serbu kedai nie. Memang beratur panjang lah kalau databg lewat. Nak buat macam mana, dah memang sedap dan murah. Harga student B-)

Ketiganya ialah restoran di seksyen 3 Shah Alam. Restoran Gembira kot namanya. Rasanya own by orang jawa gak nie. Gigih jaln kaki ke sini semata2 nak makan menda alah ini. Aku rasa istimewanya roti canai kat sini cz kuahnya kot. Rasa kain macam je. Macam diletak telur pun ada gak. Tapi yang penting, manis2 pedas. Kalau outstation p shah alam n pergi pagi. . aku memang akan singgah breakfast kat sini.

image
Habis sudah

Kalau roti canai air tangan mamak kat area Lembah Klang nie, aju prefer Restoran Hakim Seksyen 7. Dulu time dok rumah sewa kat Shah Alam, kat sinilah tempat yang paling popular untuk melepak. Nasi lemaknya pun boleh tahan sedap. Nasi kandarnya jangan ceritalah. Memang syok makan. . puas. Memang jadi port untuk supper. Sampai sekarang kot kalau pergi Shah Alam, memang aku singgah sini sambil layan feeling feeling kenangan lalu haha.

Kalau kat johor pulak,bagi aku roti canai di Taman Universiti Skudai paling sedap. Aku tak pasti nama restoran itu ~ omar atau ariff. Tapi kedudukan restoran ini memang terletak bersebelahan dengan Maxis Centre. . rasanyalah. Rotinya memang lembut dan senang nak makan. Ngum nyum. . . Lama tak pergi sana. Mizz it

Tak tahu lah pula kalau ada tempat yang lagi sedap. Tekak masing masing. . Lagipun, tempat2 macam nie je yang pernah aku pergi. Tempat lain aku tak tau lah plak camne rasanya hihi.

Posted from WordPress for Android