SERUNDING HALIA SUPER SEDAP

image

Aku bukanlah seorang penggemar serunding yang tegar. Ada alhamdulillah. Tiada pun xnapa napa. Semalam aku tak dapat merasa serunding yang Mek Ya bagi kat aku. Tertinggal kat pejabat. Malas nak patah balik hahaha. Tu yang aku baru sempat merasa serunding dia hari ini.

Masyaallah, sedap yang teramat. Rangup dan secukup rasa. Tergamam dan terdiam sebentar aku dibuatnya. Memang makan berselera sungguh aku hari ini. Aku makan dengan Nasi Ayam Ayamas tadi. Dan pada ketika entry ini dibuat, aku sedang ‘menthong’ bubur lambuk kampung baru dengan serunding halia Mek Ya.

Aku dok tanya dia, betul ke bahan yang digunakam hanya halia dan ikan bilis je. Rasa macam tak percaya plak. Pengsan.

Maybe pemilihan halia tua banyak mempengaruhi keenakan serunding halia ini kot.

SERUNDING HALIA ROHAYA

image

Bahan bahan untuk membuatnya ialah halia sahaja. Cara nak buatnya simple je pun. Sagat halia tu dan kemudiannya diperah sehingga kering. Agak agak benci kat someone tu, mulut tu kumat kamit je lah sebut nama orang tu sambil menyagat halia tu.

Lastly goreng sampai garing. Kalau nak masukkan ikan bilis pun boleh. Nak senang, goreng je asing. Kemudian, gaul sebati. Gitew katanya. Ini resipi halia yang Rohaya Priman ajar. Dia bagi free kat aku. Gigih makcik nie. Harap dia x mandrem aku dengan halia nie. Boleh? Hihi

Resepi Serunding Halia Rohaya

  • Halia (diparut menggunakan pemarut)
  • Minyak masak (secukupnya)
  • Ikan Bilis (secukupnya)
  • Bahan Perasa dan garan secukupnya

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada. Letakkan di pinggan yang berasingan.
  • Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.
  • Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut tadi. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakka di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.
  • Anda boleh dihidangkan dipinggan atau letakkan ke dalam bekas makanan untuk disimpan kerana serunding halia adalah makanan yang boleh tahan lama dan dimakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ia adalah makanan yang sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin di badan.