RESTORAN MAKANAN CINA SHARIN LOW

image

Minggu lepas, naili dan suaminya mengajak aku untuk makan malam bersama. Lagipun kami lama tak jumpa, berborak dan gosip bersama hahaha. Pada masa yang sama, dia teringin sangat nak makan di Restoran makanan cina muslim – Haji Sharin Low. So, aku pun follow je.
image

Agak mahal juga rupanya harga makanan disini. Pada masa yang sama, aku kurang pasti siapa yang masak. Kalau nak diikutkan, pelayan dan pekerja yang ada kat sini nampak macam bukan dari warga tempatan (atau lebih tepat lagi – cina muslim). Im just wonder.
image

image

Seriously, kalau bukan kerana Naili nak belanja,memang aku tak nak datang makan kat sini pun. Entah kenapa, aku feeling harga kat sini agak mahal. Aku sendiri tak tahu mahal atas dasar apa : nama kot.

Bab order, aku serahkan bulat-bulat kepada Naili untuk pilih : Tomyam campur, ketam masak pedas, udang masak cream butter dan sayur kailan (kalau tak silap).
image

image

Kalau nak diikutkan, rasa makanan yang kami order / dihidangkan nampak macam lebih kurang sama dengan apa yang ada di restoran biasa. Bezanya? Harga. Letak je nama ‘lain macam sedikit’, terus mencanak harga yang diletakkan.
image

Apapun, terima kasih kepada Naili yang sudi belanja aku pada malam itu. Rezeki yang tertangguh katanya 🙂 Tuhan kalau nak bagi, memang kun fayakun je. Syukurlah.