BEZA BERAS BASMATI DENGAN BERAS HERBA PONI

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet dengan apa yang aku makan. Tapi nak buat macam mana, umur dah meningkat.. Jadi perlu concern dengan kesihatan diri juga. Pengsan. Di rumah, aku makan nasi daripada beras Herba Poni Taj Mahal. Itu dulu lah. Now aku makan nasi daripada beras basmati monghul.

Rasa bosan jugak, asyik makan beras herba ponni je. Sekali sekala memang nak tukar selera. Tu yang semalam aku beli beras basmati mongul tu. Mahal tu harganya. Aku sendiri tak tahu apa bezanya dengan beras basmati yang lain. Bayangkan beras herba poni harganya RM33 lebih. Manakala beras basmati mongul harganya RM41 lebih. Tapi nak buat camne, dah housemate aku nak juga beli basmati jenama ini..tu yang beli je

Hairan dan tertanya tanya juga. Apa bezanya 2 jenis beras ini? Lebih baik daripada beras tempatan/beras wangi thai ke? Aku terfikir perkara ini sejak beberapa hari lalu. So, aku buatlah sedikit research via internet.

Beras Basmati ini rupanya lebih kurang sama sahaja dengan beras beras biasa samaada dari segi kandungan kanji, kalsium, protein, serat, karbohirat mahupun lemak. Bezanya cuma beras basmati ini boleh memanjang 2 kali ganda apabila dimasak, tirus dan berbau wangi.

Penggunaan air untuk memasak beras ini pun kurang ( I cawan beras vs 1.4 cawan air). Nak masak pun memang sekejap je..ala2 masak mee segera haha. Teruja OK dengan kepanjangannya. Baunya pun memang wangi. Semerbak ala2 beras wangi Thai pun ada jugak. Cuma aku tak betah nak merendam dulu beras ini 30minit sebelum memasaknya. Tak tau pula basmati ini kene rendam dulu sebelum boleh dimasak. Terpana sebentar…

Berlainan pula dengan beras herba ponni yang dikatakan memang sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan – menstabilkan darah dan tekanan darah. Aku memang dah guna beras ini since setengah tahun lalu. Kira macam biasa sihat walafiat je. Tak tahu lah pula macam mana kalau makan nasi biasa 🙂

So far aku memang puas hati dengan beras ini. Cuma kurang puas je lah makan cz kurang kanji dan xkenyang sangat 🙂 tapi kira OK lah tu. Makan banyak pun rasa biasa biasa je. Harus diteruskan…

Insyaallah