UCAPAN TAKZIAH YANG MENYENTUH HATI

Hari ini, ada kawan yang buat group whatsapp khusus untuk degree mathematic batch aku. Wow, tak sangka boleh ketemu lagi.

Seriously, aku hampir terlupa akan kewujudan mereka. Kene recall back memori tatkala aku ambil ijazah hahahaha. Ya Allah… macam mana aku boleh tak ingat. Benar, aku benar benar lupa akan memori kisah belajar 2003-2009 aku.

Aku tertarik dengan ucapan takziah daripada Fatimah, salah seorang ex classmate aku.

—–
Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun

Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah,

Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah,

Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,

Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Amiin Amiin Amiin..
—–

Salam Takziah kepada XXXXX atas kehilangan XXXX tercinta hari ini. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini, dan Ku mohon agar Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.

—–
Touching dan sedap betul gaya bahasa dia. OK lah, lepas ini boleh aku copy dan paste sahaja ucapan takziah ini.