Terletak bersebelahan dengan pusat beli belah Zon Bebas Cukai di Pantai Cenang, Langkawi. Underwater World Langkawi ini menempatkan lebih 4,000 hidupan marin termasuk lebih 500 spesis ikan dan haiwan laut yang hidup di hutan hujan tropika, kawasan beriklim sederhana dan sub antartika.
Kompleks Underwater World Langkawi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kumpulan dan iklim tempat tinggal haiwan. Antaranya ialah bahagian :-
- Ikan air tawar – Arapaima, Bala Shark, Silver Dollar dll
- burung tropika & haiwan hutan hujan tropika – marmoset. burung kakatua, kura-kura, ular, angsa hitam, itik mandarin dll
- spesis ikan tropika – tinfoil bard, striped card dll
- iklim sederhana dan sub antartika – anjing laut dan penguin
Kompleks ini mula dibuka pada tahun 1985. Dimana, antara objektif utama pembukaannya adalah untuk menawarkan pendidikan, hiburan dan maklumat kepada mereka yang berminat dengan alam dan hidupan marin.
Tempat Menarik di Langkawi – Underwater World
Jadual Makan
- African Penguin : 11.00 pagi dan 2.45 petang
- Rockhopper Penguin: 11.15 pagi dan 3.00 petang
- Fur Seal: 2.30 petang
- Tunner Tank: 3.30 petang
Bayaran Masuk Underwater World Langkawi
- Dewasa RM40
- Kanak-kanak RM24
Waktu Operasi
- Setiap hari: 10 pagi – 6.00 petang)
- Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 9.30 pagi – 6.30 petang